PUTRAJAYA 6 Nov - Pihak pendakwaan didalam perbicaraan kes liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah memberitahu bahawa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pihak yang terlibat pada perbicaraan kali ini telah bersekongkol bagi menjatuhkan beliau.
Shafee berkata tindakan ketua pembangkang menghina mahkamah sebelum ini seolah-olah menunjukkan mahkamah tiada pegangan tetap dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Bila dia desak saya itu tiada masalah bagi saya dan dia boleh berkata apa sahaja asalkan bukan dua maksud. Bila beliau menyerang Mahkamah dengan mengatakan saya tidak akan bersara, jikalau saya bersara mungkin mahkamah akan buang kes ini. Ini seolah-olah beliau menyarankan bahawa mahkamah, kerjaan dan pendakwaan bersekongkong.
"Mahkamah tidak adil, tiada integriti dan sebagainya. Kalau tidak apa maksud dengan perkataan-perkataan yang diluahkan," katanya kepada pemberita di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini.
Tambah beliau lagi, pihak Jabatan Peguam Negara minta agar perkara ini ditimbulkan demi menjaga dan melindungi mahkamah daripada perkara-perkara sedemikian seperti mana yang dilakukan oleh Anwar dengan menghina mahkamah.
"Tiada pertuduhan baru terhadap dia, saya cadangkan tadi supaya kita tidak campur adukkan perkara ini agar tidak mengganggu prosiding ini dan biarkan ianya berjalan dengan lancar.
"Oleh sebab peguam negara telah berbincang dengan saya semalam, perkara ini harus dikemukan kepada mahkamah sebab menjadi tugas peguam negara dan juga Jabatan Peguam Negara bagi membangkitkan perkara-perkara ini supaya mahkamah dapat kita lindungi.
"Kita perlu lindungi mahkamah daripada angkara-angkara sedemikian, jadi harus ditimbulkan,"katanya lagi.
Shafee menambah kita akan memikirkan semula tentang perkara ini selepas selesai prosiding rayuan ini selesai dan para hakim ambil maklum tentang perkara yang saya bangkitkan.
"Prosiding sama ada akan kita lakukan berkenaan dengan menghina mahkamah kita akan fikir semula selepas prosiding ini.
"Selepas saya mencadangkan tentang perkara ini, para hakim juga bersetuju bahawa kita jalankan rayuan ini an tidak campur aduk akan tetapi mereka ambil maklum tentang aduan yang saya lakukan," katanya lagi.
Sumber : Rakyat News
2 Comments
Walaupun perbicaraan sedang berjalan, Anwar bebas bercakap tentang perbicaraannya. Ini dikira menghina mahkamah. Sudah bosan dengan sikap Anwar. Asyik modal konspirasi sahaja.
ReplyDeletetertinggal lagi satu bro.
ReplyDeletemesyuarat parti pada 50 januari telah memutuskan untuk memecat khalid.
wakakakakakakaka ....
Ketum mabuk.
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.