FITNAH : SEMUDAH MENDAPAT PASIR DI PANTAI. BUKTI : SEPAYAH MENCARI PERMATA DI LAUTAN

Oleh : Jebat

1. Aku sekadar nak menjawab sedikit persoalan dikalangan sahabat yang bertanya iaitu berapa lamakah tempoh atau jangkamasa siasatan perlu diambil bagi menyelesaikan sesuatu kes yang berbangkit.

2. Disini aku ingin menyatakan bahawa, perjalanan siasatan sesuatu kes itu bukanlah satu kayu ukur kepada sebuah kebenaran. 

3. Ini kerana, ada siasatan yang dijalankan itu memakan tempoh masa yang lama dan ada yang sekejap. Namun yang penting adalah kebenaran.

4. Disini aku ingin mengajak anda kembali mengkaji satu kisah yang pernah direkodkan dalam Al-Quran. 

5. Pernahkah anda semua membaca kisah Nabi Yusuf? Pastinya ramai yang tahu mengenai kisah Nabi yang kacak ini, sehinggakan ketampanannya Nabi ini menyebabkan Zulaikha, Isteri kepada tuannya menggoda Nabi Yusuf agar melakukan zina dengannya.

6. Sepertimana yang diketahui, Nabi Allah Yusuf adalah seorang yang beriman. Baginda tidak termakan dengan godaan Zulaikha. Maka Zulaikha bertindak agresif dengan mengejar Nabi Allah Yusuf yang mencari pintu untuk keluar dari rumah tuannya. Kejadian ini direkodkan di dalam Al-Quran;

"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". 

(Yusuf : 25)

7. Untuk 'cover' kekantoian dihadapan suaminya, Zulaikha bertindak memfitnah Nabi Yusuf, bahawa Nabi Yusuflah yang mengajak dirinya untuk melakukan Zina.

9. Allah memberi ilham kepada seorang perempuan untuk mencadangkan kepada Suami Zulaikha agar melihat kepada bukti koyakkan di baju Yusuf. Jika koyak dihadapan, Yusuf salah. Jika koyak dibelakang, Zulaikha bersalah.

Perkara ini direkodkan oleh ALLAH dalam Al-Quran 

"dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta." 

(Yusuf : 26)

10. Walaupun dah kantoi, dan disuruh oleh suaminya meminta maaf kepada Yusuf, Zulaikha enggan.

11. Maka cerita Zulaikha 'kantoi' ni pun tersebar. Jadi macam-macam ceritalah yang timbul dan tersebar di kalangan kawasan kejiranan Zulaikha.

12. Disebabkan tidak puas hati, maka Zulaikha pun panggillah perempuan-perempuan yang sakan mengutuk dirinya ke rumahnya. Lalu setiap seorangnya diberikan pisau dan buah-buahan untuk dikupas. Tatkala perempuan-perempuan itu sedang sakan mengupas buah, maka Zulaikha mengarahkan Yusuf keluar dihadapan perempuan-perempuan Mesir itu. Disebabkan Nabi Yusuf ni terlalu kacak, maka kesemua perempuan-perempuan itu tak tersedar bahawa mereka sedang melukakan jari-jari mereka.

"Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!" 

(Yusuf : 31)

8. Zulaikha cuba mendapatkan kembali pengaruhnya dikalangan wanita Mesir yang berada di rumahnya dengan menyandarkan punca beliau hendak melakukan maksiat adalah disebabkan angkara Nabi Yusuf yang terlalu Hensome. Dan kali ini Zulaikha menggertak Nabi Yusuf bahawa dia akan memaksa suaminya untuk menyumbat Nabi Yusuf ke dalam penjara sekiranya Nabi Yusuf enggan 'melayan' permintaannya itu.

9. Sekali lagi Nabi Yusuf difitnah. Dia difitnah kerana terlalu hensome dan akan membahayakan orang perempuan yang lain.

10. Walaupun tuannya sudah mengetahui bahawa isterinya 'kantoi'. Tetapi Yusuf tetap dipenjarakan. Namun kes ini tidaklah diketahui oleh pemerintah Mesir. Senang cerita. Kes ini 'off record' la.

10. Nabi Yusuf pun duduklah di dalam penjara. Beberapa ketika. Di dalam penjara, Nabi Yusuf menggunakan peluang yang ada untuk berdakwah. Sehinggalah tiba satu kejadian dimana 2 orang kawan penjaranya datang berjumpa dengannya untuk bertanyakan soalan mengenai mimpi.

11. Dan aku skip pasal mimpi. Cuma aku nak cakap, tatkala kedua orang itu menerima nasib mereka sejurus mengetahui makna mimpi mereka. Nabi Yusuf berpesan kepada kedua-duanya agar memberitahu kepada pemerintah perihal dirinya jika salah seorang dari mereka itu ada 'link' untuk berkomunikasi dengan pemerintah Mesir.

12. Pendekkan cerita akhirnya kisah kepintaran Nabi Yusuf dalam mentafsir mimpi sehingga menyebabkan Mesir terselamat dari kemarau ini pun sampailah ke tangan Raja Mesir.

13. Jadi sang raja pun perintahkanlah agar Yusuf dikeluarkan dari penjara disebabkan jasa Yusuf. Namun Yusuf enggan keluar sehingga siasatan penuh dilakukan keatas dirinya. Yusuf mahu dirinya dibebaskan dengan segala fitnah dan tuduhan itu dibersihkan.

14. Raja Mesir pun 'buka semula fail kes' Nabi Yusuf ni. Dan semua tuduhan berkenaan disiasat semula. Akhirnya terbukti bahawa Nabi Yusuf berada dipihak yang benar. Perkara ini direkodkan dalam Al-quran;

"Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: 
"Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka".

Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" Mereka menjawab: JauhNya Allah dari segala cacat cela, kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar. 

(Surah Yusuf : 50-51)

15. Akhirnya sangkaan orang ramai bahawa Nabi Yusuf dimasukkan ke penjara disebabkan kes-kes tertentu pun terlerailah. Dan akhirnya beliau diangkat menjadi orang penting bertaraf Menteri Kewangan di Negara Mesir. 

Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".

16. Dan sepanjang rekod, Nabi Yusuf tidak pernah berusaha untuk menjatuhkan penguasanya. Walaupun berstatus Nabi dan anak kepada Nabi, Yusuf tetap terus taat dibawah kepimpinan dan pemerintahan Raja Mesir tersebut.

----

Pengajaran Ayat [Ikut pendapat aku - Tak perlu setuju sebab aku ni bukan ulama. Namun pembaca dinasihati untuk bertanyakan orang yang lebih arif dalam bidang agama.]

1. Fitnah memang mudah dibuat. Cukup sekadar lidah sebagai pemulanya.

2. Tidak ada tempoh masa tertentu untuk mendapatkan kebenaran. Kebenaran itu akan timbul. Dan kesemua itu hanya ALLAH yang akan tentukan.

3. Dan banyak lagi pengajaran yang menarik yang kita boleh pelajari dari kisah ini. Bukan sahaja mengenai ekonomi, perancangan negara tetapi juga kepada prinsip ketaatan terhadap pemimpin.

4. Nabi Yusuf tidak mengadu domba kesalahan isteri tuannya kepada orang ramai. Sebaliknya beliau tetap diam dan taat menuruti segala perintah yang ma'aruf [dalam bab ni, tatkala Zulaikha menyuruhnya keluar di depan wanita Mesir] tatkala 'kes kantoi Zulaikha' dah berlaku.

5. Manusia akan cepat lupa dan mudah lupa. Jadi Melayu memang mudah lupa.

6. Nabi Yusuf tak mintak dirinya dilantik menjadi Raja tetapi hanya sebagai seorang Menteri yang berpotfolio Menteri Kewangan.

7. Memang bermasalah kalau jadi orang Hensome ni. No wonderlah ramai gadis asyik usha aku kat kampus :p

9. Sabar adalah kunci segala-galanya
.

Post a Comment

5 Comments

  1. TL;DR Nak cakap apa tunggu sampai siasatan habis.

    ReplyDelete
  2. macamana siasata nak habis.

    AG kena buang. PAC kena sabotaj.

    kalau jujur nak selesaiakan. kenapa berusaha lambatkan?
    kenapa tak tolong percepatkan?

    semua orang mencari kebenaran. tapi kalau tindakan semua berbau sabotaj atau menyembunyikan sesuatu. jangan salahkan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. 1. PM bkn raja, penguasa atau khalifah spt zaman dahulu, boleh ditukar dr parti yg sama
    2. Yg kita angkat atau undi adalh parti, bkn individu spt zaman dahulu
    3. Persepsi rakyat terhadap umno/ bn makin buruk, pru13 menang nyawa2 ikan, negeri pun begitu kalau tgk jumlah adun bn vs pr, pru14 bungkus?
    Pilih parti/negara atau individu?

    ReplyDelete
  4. Kita hendaklah berusaha menjadikan dikalangan orang yang sederhana bukan pengutuk dan bukan pengampu. Orang yang sihat akal bersetuju bahawa seorang penjawat awam tidak boleh menerima derma yang jumalahnya menimbulkan keraguan. SPRM mentakrifkan ia adalah rasuah. Itu sahaja.
    Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

    1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

    2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

    3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

    4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

    5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

    6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

    7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

    8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

    9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu isytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

    10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

    11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

    12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

    13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

    14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

    TK

    ReplyDelete
  5. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.