ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 August 2015

PERHATIAN KEPADA PENERIMA SURAT TAWARAN MYBRAIN15 BERTARIKH 14 OGOS 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada pelajar – pelajar yang telah menerima tawaran pembiayaan MyBrain15 untuk surat tawaran bertarikh 14 Ogos 2015 sahaja.

Seperti para pelajar sedia maklum bahawa semua dokumen tawaran pembiayaan MyBrain15 perlu dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran tersebut.

Walau bagaimanapun, oleh sebab berlaku gangguan teknikal di portal MyBrain15 sehingga menyebabkan kesukaran para pelajar untuk menyediakan kesemua dokumen yang diperlukan, maka tarikh serahan dokumen-dokumen dilanjutkan sehingga 11 September 2015.

Para pelajar juga dipohon untuk menyediakan dan menyerahkan semua dokumen di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diterima dan tawaran pembiayaan MyBrain15 tersebut adalah terbatal.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak Kementerian ini sedang berusaha untuk membaik pulih masalah tersebut dalam masa yang terdekat dan para pelajar boleh menghubungi talian hotline MyBrain15 (03 8888 1616) bagi sebarang pertanyaan lanjut. Segala kesulitan yang timbul berkenaan perkara ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Unit MyBrain15
Bahagian Biasiswa, KPT

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute