Oleh : Jebat
1. Buku ini bukan buku falsafah.
2. Ini buku pandangan dan pendapat yang didalamnya ada hujjah.
3. Ini bukan buku yang mengajak korang berangan-angan untuk bercinta dengan perempuan blonde bagi pembaca lelaki atau bercinta dengan lelaki Korea bagi pembaca perempuan.
4. Boleh juga dikatakan buku politik. Tetapi ianya tidaklah 'berat' penuh dengan falsampah atau perkataan ekstravaganza yang membuatkan anda tak mampu memahaminya. Amat telus dan mudah difahami.
5. Penulis buku ini mengajar kita membuat keputusan atas pertimbangan diantara ego dan rasional, emosi dan realiti.
6. Sesuai dibaca oleh semua kaum, dan kumpulan umur. Namun sebagai remaja macam aku ni, aku syorkan secara bersungguh-sungguh terutama sekali remaja yang berada di pertengahan ideologi diantara pro pemerintah dan pembangkang.
7. Buku ini aku berani katakan sememangnya hasil dari suara rakyat marhaen yang pernah berada di kedua-dua belah pihak tetapi tidak pernah menyertai secara rasmi dalam mana-mana parti politik.
8. Memberikan nuansa dalam erti perjuangan rakyat dan keadilan sosial
9. Mengajak pembaca berfikir melangkaui horizon kebiasaan bangsa Melayu.
10. Bila aku membaca buku ini, seolah-olah aku sedang membaca buku ringkasan Sejarah Pemikiran 1 dan 2 karya Dr. Sulaiman Nordin.
Tambahan : Aku yakin setiap penulis yang menghasilkan karya akan cuba menyebarkan propaganda mereka dalam satu-satu isu. Namun sekiranya propaganda yang ditulis oleh Azman ini berjaya dicerna oleh pembacanya, aku yakin mungkin ianya dapat menghasilkan sekelompok manusia yang akan mula berhati-hati bila hendak bercakap, bertindak dan membuat keputusan.
Khabarnya buku ini sudah diulang cetak. Alhamdulillah. Sebagai orang Melayu, aku gembira melihat orang Melayu boleh cari makan dengan penulisan. Jika nak beli, boleh rujuk kat poster bawah ini. Dan tips dari aku, kalau beli dari penulis sendiri, suruh dia tandatangan OK!
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.