ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 10 January 2016

KERANA JURURAWAT, DOKTOR BELASAH PESAKIT SAMPAI MATI!


Oleh : Jebat

Seorang doktor di Belgorod, Russia telah menyerang dan memukul pesakit sehingga mati. Doktor tersebut bukan sahaja telah menarik dan menumbuk pesakit yang sedang diperiksa oleh jururawat lain, tetapi juga individu lain yang cuba menenangkan doktor tersebut.

Insiden tersebut dipercayai telah berlaku pada 29 Disember 2015 yang lalu. Rakaman CCTV yang dimuat naik kedalam laman sosial Youtube telah menjadi viral di negara berkenaan, sekaligus menjadi perbincangan hangat di negara tersebut. Doktor berkenaan dilaporkan telah dipecat daripada hospital berikutan dari insiden tersebut.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Russia telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat kejadian yang berlaku. Jika didapati bersalah, doktor berkenaan akan menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute