HANYA DI MALAYSIA! WALAUPUN HANYA SEORANG PELAJAR TAHUN 1. SEKOLAH INI MASIH TERUS DIBENARKAN BEROPERASI


Sesi pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Nan, Jerlun, kira-kira 30km dari sini, tetap berjalan seperti biasa walaupun hanya mempunyai seorang murid yang mendaftar di Tahun Satu.

Guru Besarnya Lai Hoi Tien berkata pelajar berkenaan, Lau Chun Yih, 7, ditempatkan dalam kelas Tahun Satu dan sesi pembelajarannya berjalan seperti biasa mengikut silibus yang disediakan.

Beliau berkata sekolah tersebut merupakan sekolah yang kurang muridnya di mana pada tahun lepas, hanya dua murid sahaja yang mendaftar di sekolah yang terletak di pinggir Bandaraya Alor Setar itu.


"Kita ada 13 murid dari Tahun Satu hingga Enam dengan sembilan guru. Pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah ini sejak 2013 hingga tahun lepas mencapai 100 peratus kelulusan," katanya ketika ditemui pemberita Ahad.

Sementara itu, ibu Lau, Chong Mee Kim, 50, berkata dia memilih sekolah berkenaan kerana tidak mempunyai ramai murid yang membolehkan guru-guru memberi perhatian kepada anak bongsu daripada dua beradik itu.

Suri rumah yang tinggal di Tongkang Yard, Alor Setar berkata ini merupakan kelebihan kepada anaknya di mana guru akan membantunya menguasai mata pelajaran yang sukar untuk difahami.

"Masa daftar baru-baru ini saya sudah tahu hanya anak saya seorang yang masuk Tahun Satu dan saya lihat dia gembira dan teruja apabila memulakan sesi persekolahannya," katanya.

Sumber : BERNAMA

Post a Comment

3 Comments

  1. kerajaan bodoh!!!!
    membazir tenaga kerja guru.lebih baik letakan murid ini diasrama sekolah lain..macamana boleh JADI GURU BESAR???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sepatutnya 9 guru utk 130 murid, bukan 13 murid. Apa entah pertimbangan ppd/jpnk bg elakkan pembaziran. Apa yg berlaku, serius membazir.

      Delete
    2. Betul. Sepatutnya 9 guru utk 130 murid, bukan 13 murid. Apa entah pertimbangan ppd/jpnk bg elakkan pembaziran. Apa yg berlaku, serius membazir.

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.