ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 15 May 2013

ANWAR MENANGIS BILA OBAMA TAK CALL DIA!!!


Oleh : Bernama 

KUALA LUMPUR, 14 Mei  2013 - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini Selasa, Pejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Okt.

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai 'Trans Pacific Partnership', dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan isu Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear.

Najib berkata beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=949644 dan http://www.uspolicy.be/headline/obamas-call-prime-minister-najib-malaysia

Komen Pena Minang : Kompem ANWAR AL-JUBURI menangis kemarahan!!! Yelah!!! Bukan lama dia dok melobi kat Washington memburuk-burukkan PM Najib dan Malaysia, tapi akhirnya Presiden Negara Uncle Sam itu plak yang akui sistem politik Malaysia. Malah lebih kelakar, OBAMA pun iktiraf keputusan PRU13. Kalau orang luar pun boleh faham sistem politik Malaysia, takkan ANWAR yang dah lama dalam sistem ni masih bebal? Macam ni nak jadi lecture??? Kah3

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute