[INFO ISLAM] HUKUM BACAAN AL-FATIHAH BAGI MAKMUM


Oleh : Ustaz Muhammad Fashan (Mahasiswa Universiti ISLAM Madinah)

Dalam masalah ini ada 3 pendapat:

1. Makmum tidak membaca apa langsung,sama ada dalam solat Jahriyah(Maghrib,Isyak,Subuh) atau solat sirriyyah(Zuhur,Asar),berdasarkan hadith من كان له إمام,فقراءة الإمام له قراءة " Sesiapa yang baginya ada imam,maka bacaan imam itu mencukupi baginya" [ HR Ibnu Majah,dlm sanadnya ada Jabir b.Yazid Al-Ju`fi:dia sangat lemah:hadith dhaif(lemah) ].

Pendapat ini diriwayatkan oleh Ibnul Munzir dari At-Tsauri,Sufyan ibn Uyainah,dan jamaah dari Ahli Kufah dan ianya merupakan Mazhab Abi Hanifah(Hanafi).

2. Makmum membaca surah al-fatihah dalam solat sirriyah(Zuhur,Asar),dan tidak membacanya dalam solat jahriah(Subuh,Maghrib,Isyak),berdasarkan firman Allah Ta`ala:" وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون " [Al-`Aaraf:204].

Pendapat ini diriwayatkan oleh Ibnul Munzir daripada Az-Zuhri,Malik,Ahmad dan Ishaq.

3. Makmum membaca Al-Fatihah dalam semua solat baik sirriyyah ataupun jahriyyah,berdasarkan keumuman hadith " لا صلاة لمن لم يقرأ بأم القرآن " "Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca ummul quran(fatihah)" [ Muttafaqun `alaihi ] dan juga hadith Nabi sallallahu`alaihiwasalam: " لا تفعلوا إلا بفاتحة الكتاب,فإنه لا صلاة لمن لم يقرأ بها " Jangan kamu lakukan(membaca di belakang imam) kecuali Fatihah Al-Kitab,kerana sesungguhnya tiada solat bagi sesiapa yang tidak membacanya" [ HR Ahmad,Abu Daud,At-Tirmidzi,Ibn Hibban:Shahih ] 

Pendapat ini merupakan pendapat Ibnu `Aun,Al-Auzaie,Abi Thaur,dan Ashab Syafie juga qaul muktamad dalam Mazhab Syafie dan ianya juga merupakan Mazhab Al-Bukhari.

[Rujuk Al-Awsat 3/106-108, Al-Majmuk 3/365,Al-Mughni 2/163,Fathul `Allaam 1/713]

P/S: Yang rajih adalah pendapat ke-3,sebagaimana qaul muktamad dalam Mazhab Syafie dan ianya juga dirajihkan oleh Syeikh Muqbil dan Syeikh Ibnu `Uthaimin-rahimahumallah- Wallahu`alam.

Post a Comment

0 Comments