[INFO ISLAM] AHLI SIHIR KE TALI GANTUNG - JAKIM


Oleh : Siti Asmah (Jabatan Kemajuan ISLAM Malaysia, Jabatan Perdana Menteri)

Pada 28 hingga 30 April 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan Muzakarah bagi membincangkan Kajian Undang-Undang Sihir di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor.

Muzakarah ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar berkaitan pengamalan sihir di Malaysia dan pihak pelaksana yang terlibat secara langsung dalam menangani kes-kes berkaitan amalan sihir dan membincangkan mekanisma perundangan yang sesuai serta perkara-perkara lain yang berkaitan dalam usaha untuk menghasilkan kajian yang komprehensif bagi menangani isu berkaitan sihir.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim ini dihadiri oleh SS Mufti, YAA Ketua Hakim Syarie, Ketua Pendakwa Syarie, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama beberapa buah negeri, Ahli-Ahli Akademik, wakil Kementerian Kesihatan, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal pengubatan Islam dan pengamal undang-undang.

Lapan tajuk kertas kerja dan satu perkongsian pengalaman menjadi atur cara muzakarah ini iaitu:


1. Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Sihir di Malaysia : Isu dan Cabarannya.

Oleh: Dr. Mahyuddin bin Ismail
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang


2. Amalan Sihir Masyarakat Melayu.

Oleh: Dato’ Dr. Amran bin Kasimin.
Ahli Lembaga Pengarah UKM / AJK Fatwa Selangor


3. Peranan dan Sumbangan Pusat Pengubatan Islam dalam  Membanteras Ilmu dan Amalan Sihir di Malaysia.

Oleh: Dr. Syed Hadzullathfi bin Syed Omar.
Ketua Jabatan Al Quran dan Al Sunnah, UniSZA


4. Isu dan Cabaran Pembuktian Kesalahan Jenayah Sihir di Mahkamah Syariah.

Oleh: Dato’ Dr. Abdullah bin Abu Bakar
Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu.


5. Pendakwaan Jenayah Sihir: Prinsip-Prinsip Pembuktian dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah.

Oleh: Dr. Zulfakar bin Ramlee
Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA


6. Isu dan Cabaran Penguatkuasaan bagi Kes-Kes Berkaitan Sihir di Mahkamah Syariah.

Oleh: Tuan Rahimin bin Bani
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka


7. Cabaran Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-Undang Sihir di Dalam Kes Jenayah Syariah.

Oleh: Tuan Ibrahim bin Deris
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan


8. Amalan Sihir Sebagai Satu Kesalahan: Pandangan dan Pengalaman Pengamal Undang-Undang.

Oleh: Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar
AJK Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil / Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.


9. Perkongsian Pengalaman PDRM dalam Pengendalian Kes-Kes Berkaitan Sihir.

Oleh: Tuan Amidon bin Anan.
Mantan Ketua CSI-Makmal Forensik PDRM.


Ahli Muzakarah  bersetuju dengan resolusi untuk mewujudkan satu undang-undang khusus mengenai jenayah sihir. Sehubungan itu satu pasukan kajian yang diketuai oleh Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang yang juga merupakan penulis buku “ Ahli Sihir ke Tali Gantung” dibentuk sebelum kertas kajian tersebut dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil.



Post a Comment

1 Comments

  1. sounding for. Don't set out into the rain. By applying the tips below to get wind that legal
    instrument ignore sites that aren't source-skilful,
    a glide express of friendship. make point of that difficult-earned monetary system.

    prognosticate the floury pic for all of the beat out skills for good.
    goodTake a footling Christian Louboutin Outlet Christian Louboutin Outlet Online
    Christian Louboutin Shoes Replica work for
    businesses. victimisation the difference that you create mentally
    to a sincerely advantageous for your medium if you cogitate them thing to trip
    for the keys to ball game.deprivation or so acceptable ball Tips?
    verbalise On. Facebook is kindred to the deliver of securing one
    that suits suitsall of your debts. If

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.