MENYELESAIKAN 'NAFSU' ANWAR

Oleh : Ib Hussin

Tindakan Anwar berterusan melaksanakan himpunan haram sebenarnya makin mededahkan kolaborasi antara beliau dan agenda Israel yang telah merancang siri himpunan huru-hara di seluruh dunia. Amat jelas agenda ini didalangi oleh kuasa besar dan jahat. Siri himpunan dan rusuhan seperti di Istanbul dan Mesir merupakan perancangan yang tersusun untuk memastikan Negara Islam gagal bangkit berkali-kali dan gagal mencari formula kemajuan untuk mendaulatkan Islam. Kerajaan terpaksa berterusan menangani masalah rusuhan dan ini bakal memesongkan dari pembangunan yang sepatutnya difokuskan oleh kerajaan yang memerintah. 
Umat Islam seluruh Negara harus membuka minda untuk melihat realiti sebenar disebalik semua tindakan jahat Anwar Bin Ibrahim. Beliau juga terpaksa memesongkan rakyat dari janji beliau untuk bersara apabila pembangkang telah kalah dalam PRU13 yang lepas. Memandang Anwar sememangnya manusia munafik yang terlalu gilakan kuasa maka beliau terpaksa mengalihkan tumpuan sebenar iaitu persaraan beliau kepada tuntutan PRU13 yang tidak masuk akal.

Munafiknya Anwar ini juga apabila beliau tidak mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional namun pada masa yang sama beliau telah bersetuju untuk menerima jawatan Ahli Parlimen bermula Isnin ini. Disamping itu juga perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini juga untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara. Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

Anwar tetap mahu mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Kes liwat beliau telah dijadikan kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya. Seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab dunia akan melepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi bagi mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama.Namun kerakusan kuasa telah menyebabkan Anwar bertindak sebaliknya.

Rakyat harus sedar bahawa Anwar sedang mempergunakan rakyat. Beliau sanggup memanipulasikan rakyat demi cita-cita politik. Perjanjian yang beliau telah buat bersama kuasa jahat dunia dan kepentingan peribadi yang terlalu banyak telah membuatkan beliau sanggup menggadaikan semua nilai , maruah, agama, bangsa dan tanahair. Namun apa sekalipun alasan Anwar, namun rakyat harus menilai bahawa tindakan mengadakan himpunan ini merupakan tindakan jahat yang amat tidak bermoral untuk Negara. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab maka rakyat wajib memboikot himpunan haram yang amat memudaratkan kesejahteraan dan keamanan Negara kita.

Post a Comment

0 Comments