Oleh : Jebat
"Orang Islam yang berdemonstrasi (protest) adalah orang Islam yang lemah Imannya"
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Pendakwah Antarabangsa, Syeikh Khalid Yassin ketika ditanya mengenai hukum melakukan protest dan demonstrasi berdasarkan pandangan Islam.
"Ketahuilah, dalam kebanyakkan tunjuk perasaan yang mana orang Islam terlibat sama, ianya akan diaturkan oleh Sosialis. Kebanyakkan tunjuk perasaan yang dilakukan di Amerika dan Eropah, yang pasti melibatkan orang Islam, maka kita akan dapat melihat bahawa pihak sosialis yang akan merancang perarakkan, menyewa bas untuk membawa para penunjuk perasaan, mendapatkan permit, sedangkan pada hakikatnya kumpulan sosialis ini mempunyai agenda yang lain."
Beliau menambah, seharusnya orang Islam berfikir secara waras dan jangan melakukan sesuatu yang diperintahkan oleh orang Kafir. Ujarnya lagi, kesemua tindakan demonstrasi dan tunjuk perasaan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjadikan umat Islam sebagai mangsa 'fitnah' dalam gerakan Sosialis.
"Orang ISLAM seharusnya berhenti dari dipergunakan oleh orang lain". katanya.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.