DEMONSTRASI DI TURKI : PERSAMAAN PEMBANGKANG DI TURKI DAN MALAYSIA? DUA-DUA NAK MEROSAKKAN NEGARA!!!

Oleh: Thaqib bin Shaker.

Protes dan penentangan terhadap Pemerintah Turki bermula pada 27 Mei 2013 di sebuah kawasan yang terletak di Ä°stanbul yang disebut sebagai ‘Taksim Square. Protes ini tercetus apabila sekelompok warga Turki yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan ‘pecinta alam’ tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa memotong sekurang-kurangnya 10 buah pokok di kawasan tersebut bagi tujuan pembaharuan.

Persoalannya apakah pembaharuan yang ingin dilakukan oleh pihak Kerajaan? Kembali pada 4 Januari 2012 iaitu di mana Majlis Perbandaran BeyoÄŸlu telah meluluskan sebuah projek pembangunan semula di kawasan Taksim Gezi Park yang mana sebelum ini di kawasan tersebut merupakan sebuah berek tentera empayar Uthmaniyah yang dibina pada tahun 1806 ketika di bawah pemerintahan Sultan Selim III.

Oleh itu Perdana Menteri Turki, ErdoÄŸan telah mengambil keputusan untuk membina kembali berek askar Uthmaniyah yang dinamakan sebagai ‘Topcu Kislası’ di kawasan yang sama dan turut menambahbaikkan kawasan pejalan kaki. Projek ini sebenarnya tidak akan merosakkan kawasan hijau (tumbuh-tumbuhan) di Taksim seperti yang didakwakan sebaliknya meningkatkan lagi kawasan hijau tersebut. Projek ini mendapat penentangan dan terjadilah demonstrasi yang pada awalnya bermula dengan aman sehinggalah pihak yang kononnya menamakan diri mereka sebagai pecinta alam membuat provokasi bagi menarik minat orang ramai untuk bersama dengan mereka.

Sebenarnya jika diperhatikan para pendemonstran tersebut bukanlah melakukan protes kerana menentang projek Kerajaan kerana mereka turut memahami bahawa isu tersebut bukanlah sebuah isu yang besar sehingga mendapat tempat liputan antarabangsa sebaliknya mereka tidak berpuas hati dengan undang-undang baru Turki yang mengharamkan penjualan arak pada jam 10 malam sehingga jam 6 pagi serta tidak dibenar menjualnya di kawasan yang berdekatan dengan Masjid dan Sekolah kecuali di sekitar kawasan perlancongan. Ä°ni semua terbukti ketika demonstrasi tercetus, mereka membawa arak dengan meminumnya beramai-ramai sebagai tanda protes.

Demonstrasi yang tercetus bertukar menjadi lebih parah apabila sebahagian pendemonstran melakukan provokasi melampau terhadap pihak Polis dengan membaling objek seperti batu serta merosakkan harta benda yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Pihak Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata yang biasa digunakan bagi menyuraikan protes. Tindakan tersebut hanya membuatkan demonstrasi itu menjadi lebih besar dan menyebabkan pihak Polis terpaksa bertindak lebih tegas.

Demonstrasi yang pada asalnya kerana menentang projek Kerajaan ıtu telah bertukar menjadi demonstrasi untuk menggulingkan Kerajaan sah Turki apabila pihak pembangkang Turki yang melihat permasalahan ini merupakan berita baik bagi agenda politik mereka dengan menyelit isu-isu Negara bagi meniupkan lagi api kebencian terhadap pihak Kerajaan. Kebanyakan parti-parti pembangkang di Turki seperti Parti Republik Rakyat (CHP) dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) bergabung berdemonstrasi sehinggalah merebak ke seluruh Negeri di Turki seperti Ankara, İzmir dan Antalya. Para pendemonstrasi pula terdiri daripada mereka yang berbeza ideologi seperti sekularis, komunis, Alawi (Syiah) dan sebagainya.

Sebahagian daripada mereka telah bertindak lebih agresif apabila cuba menyerang pejabat Perdana Menteri di BeÅŸiktaÅŸ dengan menggunakan batu, rotan dan alat-alat yang berbahaya. Rakaman telah menunjukkan bahawa para ekstremis tersebut daripada kalangan pendokong fahaman Komunis, ianya terbukti apabila mereka mengibarkan bendera ideologi tersebut. Walaubagaimanapun cubaan mereka untuk menyerang pejabat Perdana Menteri digagalkan oleh pihak Polis. 

Demonstrasi ini sangat dipengaruhi oleh Ketua parti Pembangkang CHP iaitu Kemal Kiliçdarouğlu yang mendapat mandat pada tahun 2010. Seimbas tentang parti CHP ini, ianya ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Presiden pertama Turki juga seorang yang bertanggungjawab terhadap runtuhnya Empayar Uthmaniyyah, iaitu Mustafa Kemal Ataturk. Parti ini berideologi sekular-liberal yang menolak seberang percampuran di antara politik dan ağama manakala pemerintahan mereka ini bersifat ketenteraan.

Walaubagaimanapun parti CHP mendapat kekalahan yang teruk bagi sesi pilihanraya Turki pada tahun 1979 dan Kerajaan bertukar tangan di bawah pemerintahan parti Keadilan (AP). Kekalahan tersebut telah menyebabkan parti CHP terus menjadi lemah dan tewas pada semua pilihanraya. Tetapi itu bukanlah suatu permasalahan yang besar buat mereka (CHP) kerana parti-parti yang memerintah Kerajaan Turki ketika itu prinsip dan ideologi mereka tidaklah begitu berbeza sehinggalah pada tahun 2002 apabila dunia melihat kejutan di Turki dengan kejayaan parti Pembangungan dan Keadilan (AKP) yang pro kepada Ä°slam mendapat kemenangan dengan meraih undian sebanyak 10,763,904 dan Recep Tayyip ErdoÄŸan dipilih sebagai Perdana Menteri Turki.

Kemenangan parti AKP ini sebenarnya menakutkan pihak parti yang pro-Sekular seperti CHP dan MHP kerana parti AKP ini menjadikan Ä°slam sebagai tunjang perjuangan mereka. Ä°anya terbukti apabila undang-undang Turki kini lebih mesra Ä°slam yang mana undang-undang pengharaman tudung sebelum ini dimansuhkan dan umat Ä°slam di Turki dapat mengamalkan ajaran Ä°slam dengan aman dan bebas. Parti-parti pembangkang di Turki terus menerus berjuang menerangkan kepada rakyat tentang betapa bahayanya AKP terhadap masa depan Turki tetapi malangnya mereka terus menerus dimalukan apabila tewas pada pilihanraya 2007 dan 2011. Apa yang lebih menakutkan mereka ialah parti AKP mendapat sokongan yang semakin meningkat pada setiap pilihanraya dan yang terakhir pada tahun 2011 apabila parti AKP di bawah kepimpinan ErdoÄŸan mendapat undian sebanyak 21,442,206.

Kini demonstrasi masih terus berlaku di beberapa kawasan penting di Turki dan provokasi yang dilakukan lebih hebat apabila akhbar-akhbar barat dan Amerika bersikap ‘double-standard’ terhadap kerajaan Turki dengan mendakwa kononnya mereka (kerajaan) bertanggungjawab mengarahkan kekerasan dan keganasan oleh pihak Polis terhadap para pendemonstran.

Kami sempat melawat dan melihat sendiri demonstrasi yang berlaku di Turki, kami cuba melihat ‘kekejaman’ pihak Polis tetapi malangnya apa yang kami lihat sebaliknya iaitu pihak pendemonstranlah yang melakukan kekejaman dan kerosakan dengan membaling batu bata ke arah pihak Polis, merosakkan harta benda awam seperti membakar Bank, memecahkan papan tanda dan menconteng dinding-dinding di sekitar bangunan dengan perkataan yang penuh dengan cacian dan kutukan terhadap pihak Polis dan Kerajaan. 

Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat mereka yang mengaku sebagai ‘pecinta alam’ merosakkan tumbuh-tumbuhan yang ada dengan mencabutnya dan mencampakkanya ke tengah jalan serta menumbangkan pokok-pokok yang terdapat. Apakah ini pecinta alam atau tidak lebih sekadar pembohong? Di Ankara pula, protes bertempat di Güven Park yang terletak di pusat utama Ankara, Kızılay. Para pelampau cuba merosakkan bangunan kerajaan dan cubaan Polis untuk menghalang tindakan mereka itu telah menyebabkan pertempuran berlaku sekalipun pihak Polis tidak bertindak menggunakan kekerasan.

Pihak pembangkang di Turki sebenarnya mengetahui bahawa sukar bagi mereka mendapat kemenangan pada pilihanraya yang berikutnya sehinggalah mereka terpaksa menggunakan cara ‘revolusi’ tetapi berselindung di sebalik nama ‘demonstrasi rakyat’. Taktik kotor yang dilakukan malangnya tidak mendapat tempat di hati rakyat Turki sebaliknya rakyat membalas ‘ajakan’ mereka dengan satu perhimpunan besar-besaran pada 15 Jun bagi menyokong ErdoÄŸan yang dinamakan sebagai ‘Perhimpunan menghormati Negara’ ianya dianjurkan di beberapa buah Negeri di Turki seperti Ankara, Ä°stanbul dan Sincan. Perhimpunan ini mendapat sambutan yang sangat mengejutkan apabila ratusan ribu rakyat menghadirinya bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Turki. 

Perhimpunan Menghormati Negara dihadiri oleh Perdana Menteri Turki

Fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang lebih berleluasa di alam maya apabila mereka menyebarkan foto-foto palsu yang kononnya menunjukkan kekejaman pihak Polis terhadap pendemonstran tetapi ternyata ianya tidak benar dan kebanyakan foto yang diambil itu menunjukkan ianya bukan di Turki. Hal ini mendapat perhatian yang serius oleh Menteri dalam Negeri Turki, Muammer Guler. Guler menyatakan bahawa mereka akan mendedahkan siapa dalang kepada provokasi di sosial media seperti di Facebook dan Twitter dan kini pihak berkuasa telah melakukan penyiasatan secara serius. 

Pihak pembangkang Turki turut mendapat malu apabila terdapat beberapa buah Negara Ä°slam seperti Malaysia, Bosnia dan Makedonia melakukan perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Pemerintah Turki. Tamparan hebat ini membuatkan pihak pembangkang menjadi seperti cacing kepanasan dan terpaksa bergantung kepada provokasi dan fitnah jahat mereka. 

Ä°zmir, Turki 

Terima Kasih Khas diucapkan kepada Abu Muawiyyah atas perkongsian artikel ini.

KOMEN PENA MINANG : Mana-mana pembangkang dalam dunia ni, memang tak suka tengok negara ISLAM aman.. Perangai puak-puak pembangkang kat Turki ni sebiji macam puak pembangkang kat Malaysia. Asyik tak puas hati memanjang.

Post a Comment

0 Comments