PERBEZAAN IBNU AL - ARABI DENGAN IBNU ARABI

Oleh : Abdurrahman & Jebat


Seorang hamba adalah Rabb dan Rabb adalah hamba. Duhai kiranya, siapakah yang diberi kewajiban beramal? Jika engkau katakan hamba, maka dia adalah Rabb. Atau engkau katakan Rabb, kalau begitu siapa yang diberi kewajiban?

-Ibnu 'Arabi, Al Futuhat Al Makkiyah-

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Maha Suci Dia dari segala yang diucapkan oleh penurut hawa nafsu. Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, berserta keluarganya, para sahabatnya, dan umatnya yang istiqamah di atas sunnahnya sehingga akhir zaman.

Sebuah hal yang baru bagi kami, untuk menukil sebuah perkataan yang dengan jelas menampakkan kesesatannya. Ya, perkataan itu adalah perkataan dari seorang ahli sufi atheis bernama Ibnu 'Arabi. Dia merupakan salah seorang kepada pendokong fahaman Wahdat al-Wujud (penyatuan antara Rabb dan hamba - Maha Suci Allah dari apa yang mereka sangka).

Namun yang mengelirukan dan yang menjadi masalah bagi kita orang awam, adalah bagaimana membezakan antara orang sesat dan orang yang benar. Seperti nama Ibnu 'Arabi ini, terdapat salah satu ulama ahlussunnah yang terkemuka yang juga memiliki nama yang mirip dengan Ibnul 'Arabi. Jika kita tidak mengetahui hal ini, boleh jadi kita terkeliru dan pening dengan nama yang mirip ini, padahal kedua-dua individu ini memiliki fahaman dan aqidah yang sangat jauh berbeza antara satu dengan yang lain.

Pertama : Ibnu 'Al-Arabi

Nama penuhnya ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad al-Isybili. Dikenali dan masyhur dengan panggilan Abu Bakar Ibnul 'Arabi. Beliau merupakan ulama mazhab Maliki, seorang Qadhi/Hakim, dan pakar hadis. Lahir pada 22 Sya’ban 468 Hijrah, dan wafat pada tahun 543 Hijrah.

Beliau merupakan pakar dalam kesusasteraan Arab dan telah sampai darjat ijtihad dalam ilmu agama. Beliau memiliki beberapa hasil penulisan dalam cabang hadis, fikih, ushul, tafsir, sastera, dan sejarah. Antaranya ialah : Al ’Awashim min Al Qawashim, Ahkam Al Qur`an, An Nasikh wa Al Mansukh fii Al Qur`an, dan lain-lain lagi.

Kedua : Ibnu 'Arabi

Nama penuhnya ialah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah Al Hatimi Al Andalusi. Memiliki gelaran Muhyiddin dengan nama pena Ibnu 'Arabi. Beliau dilahirkan di Murcia, Andalusia, Sepanyol, pada tahun 560 H.

Beliau pernah tinggal di Makkah beberapa tahun, dan ketika di sana, dia sempat menulis bukunya yang berjudul Al Futuhat Al Makkiyyah. Beliau juga memiliki beberapa hasil penulisan yang lain seperti, Fushush Al Hikam, yang dikritik keras oleh Ibnu Taimiyyah. Beliau juga memiliki Diwan Syi’r (kumpulan syair) yang menunjukkan kafasihannya dalam ilmu sastera. Di sinilah dia mengotori ilmunya dengan ucapan secara berterus terang dengan keimanan terhadap aqidah 'Wahdat al-Wujud' (keyakinan seorang makhluk yang dapat bersatu dengan Khalik/Sang Pencipta). Dari sisi inilah ulama yang terdahulu dan yang terkini mengkritik habis-habisan aqidah Ibnu 'Arabi, di samping beberapa penyimpangan yang lain.

Petikan Ucapan Ibnu 'Arabi yang Menyimpang

"Seorang hamba adalah Rabb dan Rabb adalah hamba. Duhai kiranya, siapakah yang diberi kewajiban beramal? Jika engkau katakan hamba, maka dia adalah Rabb. Atau engkau katakan Rabb, kalau begitu siapa yang diberi kewajiban?" (Al Futuhat Al Makkiyyah)

Padahal sudah jelas firman Allah,

"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Asy Syura: 11)

Di tempat lain, Ibnu 'Arabi berkata,

"Sesungguhnya seseorang ketika menyetubuhi istrinya tidak lain (ketika itu) dia menyetubuhi Allah!" (Fushush Al Hikam)

Jika membaca perkataan Ibnu 'Arabi, maka kita sudah tahu kerosakkan aqidahnya. Usah ditanya kepada alim ulama, mana-mana umat Islam yang sihat akalnya akan dapat mengenal kepelikkan perkataan Ibnu 'Arabi.

"Sebelumnya aku mengingkari kawanku yang berbeza agama denganku. Namun kini hatiku boleh menerima semua keadaan, tempat gembala rusa dan gereja pendeta, tempat berhala dan Ka’bah, lembaran-lembaran Taurat dan Mushaf Al Qur’an" (Al Futuhat Al Makkiyyah)

Mungkin inilah salah satu pelopor gerakan pluralisme agama. Tidakkah sampai kepada Ibnu 'Arabi ayat Allah;

"Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya. Dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Ali Imran : 85)

Fatwa Syaikh Salih bin Fauzan Al Fauzan

Pertanyaan : Ada kekeliruan bagi saya antara Ibnu Arabi dan Ibnu Al Arabi. Saya berharap anda dapat menjelaskan kepada kami perbezaan antara keduanya dan kitab terkenal yang ditulis oleh keduanya?

Jawapan :

Perbezaan antara keduanya jelas sekali. Ibnu Arabi tanpa (al) adalah seorang atheis yang terkenal, orang yang mengatakan wihdatul wujud. Dia termasuk salah satu tokoh sufi ekstrim yang menyeru untuk menjadi atheis dan mengatakan wihdatul wujud. Diantara kitabnya yang paling buruk adalah “Al Futuuhaat Al Makiyyah” dan “Fushushul Hikam”. Kedua-dua kitab tersebut adalah kitab-kitab yang mengajak kepada ajaran atheis, yang mengatakan wihdatul wujud, iaitu tidak membezakan antara Khaliq dan Makhluk. Sesungguhnya sesuatu yang ada kewujudnya menurut aqidah mereka adalah Allah. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang dia katakan.

Adapun Ibnu Al Arabi dengan (al), beliau merupakan seorang Imam besar yang terkenal : Abu Bakar bin Al Arabi Al Maliki. Beliau memiliki banyak hasil tulisan yang besar, baik dalam bidang hadis maupun tafsir. Beliau juga mempunyai sebuah kitab yang agung dalam membela para sahabat yang dinamakan oleh beliau sebagai : “Al ‘Awaashim minal Qawaashim”. Dalam kitab ini beliau membela Islam dan sahabat Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam, dan ini adalah kitab yang agung. Beliau juga mempunyai kitab “Tafsiir Aayatul Ahkaam” dalam dua jilid besar. Selain itu beliau juga mensyarah sunan At Tirmidzi, di dalam kitabnya : “Aaridhul Ahwadzii fii Syarhi Sunan At Tirmidzi”. Kitab-kitab beliau ini semunya ada dan tercetak, Alhamdulillah. Dengan demikian terdapat perbezaan yang nyata antara dua orang ini. Yang pertama adalah orang kafir dan sesat iaitu Ibnu 'Arabi Al Haatimi At Thaai, sedangkan satunya lagi Ibnu Al 'Arabi, seorang imam besar dan terkenal dengan keistiqamahan, keilmuan dan ketaqwanya. (Rujukan)

Post a Comment

11 Comments

  1. Hang pi ngaji dulu dengan ramai para ulama'. Jangan hanya ngaji dengan agamawan Salafi Wahhabi saja.

    Buka mata, buka minda, buat penyelidikan dengan teliti lagi ikhlas.

    Berapa banyak ulama' dah karang bab ini bahkan ada yang dah buat PhD bab ini. Cubalah baca. Kalau tak pernah baca atau tak boleh baca Arab, maka berdiam diri lebih baik daripada berkata tanpa ilmu.

    Nilai, USIM.

    Mailah ke USIM kita bincang :)

    ReplyDelete
  2. Seperti mana ramai mengelak dari mengatakan kekhilafan Ibnu Taimiyah.. baik hang tumpu lawan Syiah dan Liberalis/Sekularis. Jangan buka medan perang baru dengan para Sufi

    ReplyDelete
  3. "Wahdatul Wujud" mengelirukan golongan awami sedang Islam itu mudah, dan ia lebih mirip adaptasi dr falsafah hinduism dan buddhism yg tidak dikenal di zaman Rasullullah saw dan Sahabat Assabiqunal Awwalun r.anhum.

    ReplyDelete
  4. "Wahdatul Wujud" yg bersifat falsafah sgt terbuka kpd penafsiran yg pelbagai yg tak seharusnya dikaitkan dgn Islam.
    Mintalah perlindungan Allah swt dr segala bentuk kesesatan dgn rasa rendah diri walau setinggi mana pun ilmu yg kita pelajari. Iblis sgt tinggi ilmunya dan sgt panjang pengalamannya juga jadi sesat kerana keegoan dan rasa takabbur dgn kejadian dan kedudukannya.

    ReplyDelete
  5. Hangpa orang buta hakekat lebih baik hang diam daripada hang memfitnah Ibnu Arabi kekasih Allah. Hangpa sedap memfitnah orang hang tak sedaq hang tu sebenaqnya buta hati mabuk dunia.

    ReplyDelete
  6. jgn meng wali Allah, cari ilmuNYA belajar surat al-ikhlas lebih dalam baru anda mengetahui tauhidul wujud..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah....Jangan lah kita suka komen sebarangan yg kita sendiri tidak memahami hakikat ilmu seseorang Ulamak....perkara begini pernah berlaku pada zaman Imam Shafie Radiallah Hu An tetntang permasaalah menuduh seseorang itu sesat...tetapi Imam Shafie sendiri menyelidiki nya sendiri pada kaum yg di tuduh sesat tersebut....akhirnya Imam shafie sendiri mendapat jawapan nya dan mengatakan biarkan lah mereka dengan keaaadan mereka dan tidak berani menuduh mereka sesat setelah di selidikinya....Itu seorang Ulamak yg Muktabar pun tak terkeluar dari mulut nya yg mengatakan perkataan menuduh sesat....
    Ada diantara kalanggan ahli Sufi sendiri pun bertelagah pendapat sesama sendiri....kenapa begitu....? ini permasaalahan Makam bab ilmu ketuhanan...bukan nya sama pendapat di sebabkan bab Martabat dan Darjat di sisi ilmu ketuhanan bukan Bab Fiqh....berbicara bab ilmu ketuhanan dengan Ilmu Fiqh beza nya antara Langgit dengan bumi di umpamakan cuba cari dan selidiki apa kata Imam Ghazali R.A.....
    Kita ini yg jahil Murakap ini banyak cerita menggunakan Ilmu Akal....Ilmu Tauhid/Ilmu Ketuhanan tidak akal tercapai akan Ilmu Akal....sebab mereka ahli Sufi Tulin memandang dgn Mata Hati yg telah tersingkap " Ingkisyaf Imani " ini yg payah nak di ceritakan kalau tidak dengan anugerah dari Allah Subhana wata'ala....Fahaman orang jalan Sufi mereka menjalani Mujahadah yg berat baru dapat Kurnian yg tak dapat di fikirkan dgn Akal kita yg biasa ini/Awami....Jahil Murakap itu erti nya bodoh bersusun - 1.) Jahil akan diri nya dan Jahil akan Tuhan nya pasal tak faham.....Jenis Puak ini suka mencari kesalahan orang lain sebab tidak ada Ilmu asas Ketuhanan....Mana boleh Tukang Besi nak Komen Tukang buat Roti mengatakan Tukang buat Roti takPandai Buat Roti....ini orang Binggung namanya...jangan samakan kamu dengan kemahiran kamu pasal besi nak samakan macam Tukang buat Roti....Hilang Akal ke orang yg suka Komen macam ini....Duduk diam2 belajar dulu dengan Guru yg Mursyid baru tahu...itu pun belum tentu dapat kefahaman.....Payah saudara kena banyak pengorbanan dalam hidup ini dalam bab Ilmu Ketuhanan...calang2 tak tahan dengan Tomah dan Fitnah...baca sejarah Aulia' Allah terdahulu baru tahu.....hati2 memberi pendapat jangan sampai menuduh sesat...Saya rasa nama Jebat ni dulu popular menghentam orang perjalanan Ahli Sufi...adakah orang yang sama sebagai wartawan didalam Akhbar Utusan Malaysia dahulu....????

    ReplyDelete
  8. Subhanallah....Jangan lah kita suka komen sebarangan yg kita sendiri tidak memahami hakikat ilmu seseorang Ulamak....perkara begini pernah berlaku pada zaman Imam Shafie Radiallah Hu An tetntang permasaalah menuduh seseorang itu sesat...tetapi Imam Shafie sendiri menyelidiki nya sendiri pada kaum yg di tuduh sesat tersebut....akhirnya Imam shafie sendiri mendapat jawapan nya dan mengatakan biarkan lah mereka dengan keaaadan mereka dan tidak berani menuduh mereka sesat setelah di selidikinya....Itu seorang Ulamak yg Muktabar pun tak terkeluar dari mulut nya yg mengatakan perkataan menuduh sesat....
    Ada diantara kalanggan ahli Sufi sendiri pun bertelagah pendapat sesama sendiri....kenapa begitu....? ini permasaalahan Makam bab ilmu ketuhanan...bukan nya sama pendapat di sebabkan bab Martabat dan Darjat di sisi ilmu ketuhanan bukan Bab Fiqh....berbicara bab ilmu ketuhanan dengan Ilmu Fiqh beza nya antara Langgit dengan bumi di umpamakan cuba cari dan selidiki apa kata Imam Ghazali R.A.....
    Kita ini yg jahil Murakap ini banyak cerita menggunakan Ilmu Akal....Ilmu Tauhid/Ilmu Ketuhanan tidak akal tercapai akan Ilmu Akal....sebab mereka ahli Sufi Tulin memandang dgn Mata Hati yg telah tersingkap " Ingkisyaf Imani " ini yg payah nak di ceritakan kalau tidak dengan anugerah dari Allah Subhana wata'ala....Fahaman orang jalan Sufi mereka menjalani Mujahadah yg berat baru dapat Kurnian yg tak dapat di fikirkan dgn Akal kita yg biasa ini/Awami....Jahil Murakap itu erti nya bodoh bersusun - 1.) Jahil akan diri nya dan Jahil akan Tuhan nya pasal tak faham.....Jenis Puak ini suka mencari kesalahan orang lain sebab tidak ada Ilmu asas Ketuhanan....Mana boleh Tukang Besi nak Komen Tukang buat Roti mengatakan Tukang buat Roti takPandai Buat Roti....ini orang Binggung namanya...jangan samakan kamu dengan kemahiran kamu pasal besi nak samakan macam Tukang buat Roti....Hilang Akal ke orang yg suka Komen macam ini....Duduk diam2 belajar dulu dengan Guru yg Mursyid baru tahu...itu pun belum tentu dapat kefahaman.....Payah saudara kena banyak pengorbanan dalam hidup ini dalam bab Ilmu Ketuhanan...calang2 tak tahan dengan Tomah dan Fitnah...baca sejarah Aulia' Allah terdahulu baru tahu.....hati2 memberi pendapat jangan sampai menuduh sesat...Saya rasa nama Jebat ni dulu popular menghentam orang perjalanan Ahli Sufi...adakah orang yang sama sebagai wartawan didalam Akhbar Utusan Malaysia dahulu....????

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.