ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 19 August 2014

BAGILAH ANWAR JADI PM SEBULAN - DR. MAHATHIR

Dipetik dari : Bernama

PUTRAJAYA, 16 Ogos 2014 - Pergolakan politik dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai 'sandiwara' dan berpunca daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.

"Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM).

"Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM)," katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation, hari ini.

Selangor menghadapi krisis kepimpinan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR)memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah enggan mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata Abdul Khalid mempunyai hak untuk memilih sesebuah parti politik.

"Dalam demokrasi kita bebas masuk parti, bebas keluar parti. Khalid ini dulu orang Umno. Dia masuk Pakatan, Keadilan (PKR). Sekarang ini dia (Abdul Khalid) tidak setuju dengan PKR, itu dia punya hak," kata beliau.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1060931

6 comments:

  1. Orang melayu kena bijak mengundi orang bijak undi untuk kepantingan org cina...orang melayu selangor...melayu sempati hj hadi dlm pas...melayu sempati tski dlm pkr...melayu umno...dan melayu atas pagar bila dun selangor dibubar ...undi melayu perlu undi kepantingan umat melayu..islam dan raja...yg penting jangan undi parti pkr...tolak calon pkr dancalon pas yang libral....yang paling penting jangan beri undi pada calon pkr...kasi ajar parti pkr....kasu ajar anwar ibrahim.....selangor untuk sekangor....tolak pkr ....melayu kena bijak undi...say no to PKR...

    ReplyDelete
  2. anon 21.59....setuju...mohon copy paste

    ReplyDelete
  3. setuju

    jom ubah ini kalilah.....

    ReplyDelete
  4. Rakyat selangor kena pertahankan maruah, orang selangor didahulukan dalam semua segi samada politik, ekonomi atau pekerjaan. Banjiran org kelantan ke selangor menjadikan mentaliti rakyat selangor rosak oleh parti pas yg memecahkan org melayu selangor.

    ReplyDelete
  5. anon 22.23
    sokong
    ini kali lah ...tolak parti PKR...no more to PKR

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute