POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

[VIDEO] TANYA RAKYAT ISRAEL : DARI MANA ASAL ANDA?


Artikel oleh : Ustaz Abu Omar Idris bin Dr. Sulaiman Bin Nordin (Ijazah Sarjana Muda Syari'ah, Uni Islam Madinah & Sarjana, Dakwah, UKM)

Golongan rasul sebelum Muhammad S.A.W. Semuanya datang daripada kaum Bani Israel, berketurunan Nabi Ibrahim AS. Disebut dalam al-Quran, ALLAH memilih Bani Israel daripada semua bangsa yang lain sebagai kemuliaan buat mereka.

Namun kita lihat apa yang dilakukan orang Yahudi atas kelebihan nikmat yang ALLAH beri kepada mereka. Maka mereka berhijrah ke Madinah menanti datangnya rasul akhir zaman.

ALLAH berfirman: “Orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.

Sungguh sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 146)

Kita semua kenal anak kita, tidak mungkin kita tersilap. Maka begitulah ALLAH umpamakan orang Yahudi mengenai bagaimana mereka tahu sifat rasul akhir zaman.

Tidak hairanlah bagaimana mereka jumpa Madinah dan mereka tidak tersilap pergi ke tempat lain.

Mereka tahu, Nabi Muhammad S.A.W akhir zaman akan sampai ke sini. Jadi apabila Nabi Muhammad S.A.W sampai ke Madinah, perkara pertama yang orang Yahudi lihat adalah Baginda S.A.W bukan daripada Bani Israel, bukan daripada bangsa mereka.

Ternyata kelebihan yang ALLAH berikan kepada Bani Israel, golongan rasul semua datang daripada bangsa mereka, membuat mereka takbur dan ujub. Mereka melihat diri mereka lebih tinggi daripada orang lain kerana melihat mereka sebagai bangsa yang dipilih oleh ALLAH SWT.

Nabi Muhammad S.A.W daripada bangsa Arab, mereka tidak menerima kerasulan Muhammad S.A.W kerana perbezaan bangsa, dan kalau boleh mereka mahu supaya kelebihan risalah yang ada pada Muhammad dihilangkan daripada Baginda S.A.W. Maka hasilnya adalah hasad. Inilah dikatakan hasad adalah sifat tercela yang sinonim dengan sifat orang Yahudi.

ALLAH SWT berfirman: “Ramai daripada ahli kitab sangat mengharapkan kalau sekiranya mereka dapat mengembalikan orang yang beriman kepada kekufuran kerana perasaan hasad yang ada pada diri mereka.” (Surah Al- Baqarah: 109)

Kesimpulannya, permusuhan orang kafir secara amnya dan orang Yahudi khasnya terhadap orang Islam adalah akibat perbezaan agama. Hal ini membuatkan mereka sedaya upaya ingin menyesatkan orang Islam kerana mereka melihat agama mereka benar dan kemungkinan kerana hasad semata-mata.

Artikel penuh di : http://www.sinarharian.com.my/rencana/larangan-dan-bahaya-hasad-dengki-1.264790

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.