ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 27 August 2014

ASAL USUL AGAMA BAHAI

Abbas Abdul Baha’, anak dari Husein Ali Bahaullah. Abbas adalah salah seorang pencipta Bahai yang kuat menyebarkan pemikiran Bahai ke seluruh penjuru dunia. Gambar berikut adalah saat kunjungan pertamanya ke Perancis.
Oleh : Jebat

Akhir-akhir ini ramai membicarakan mengenai sebuah 'mazhab' (atau lebih tepat Agama baru) yang bernama Baha’i atau Baha’iyah. Perbincangan mengenai 'mazhab' minoriti ini bermula dengan kewujudan pihak-pihak tertentu yang mahu kedudukan Bahai' diiktiraf oleh kerajaan, manakala penganutnya diberikan perlindungan seperti penganut-penganut agama yang lain. Sebelum membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut, mengenai sikap kita dan pandangan kita terhadap Bahai' ini, adalah lebih wajar kita ketahui terlebih dahulu pemikiran, ideologi dan sejarah 'mazhab/agama' ini.

Kemunculan dan Perkembangan

Individu yang menjadi pencetus kepada ajaran Bahai' ini ialah Hussein Ali yang dikenali dengan gelaran Al-Baha'. Dia lahir di sebuah perkampungan dikenali dengan nama Desa Nur yang terletak di daerah Mazandran, Iran, pada 11 November 1817.

Ayahnya bernama al-Mirzah Abbas Basrak an-Nuri merupakan seorang pegawai di Jabatan Kewangan Kerajaan Iran (sebelum Republik Syiah Iran). Ayahnya memiliki hubungan baik dengan duta besar Iran ke Rusia disebabkan saudaranya seorang juru tulis kepercayaan di kedutaan negeri beruang merah tersebut. Adapun ibu dari Husein Ali adalah Hanim Jani atau Khatim Jani, merupakan isteri pertama dari Abbas, ayah Husein Ali.

Husein merupakan anak ke-3 dari 15 orang adik beradik. Di masa kecilnya Husein tidak bersekolah di sekolah rasmi atau madrasah tertentu. Dia dididik oleh ayahnya di rumah mereka. Setelah itu dia berusaha sendiri untuk mengkaji buku-buku bagi menambah khazanah pengetahuannya. Husein sering membaca buku-buku Sufiyah dan Syiah, terutama buku Syiah Ismailiyah dan falsafah Yunani klasik. Dia juga terpengaruh dengan pemikiran Budha dan Zoroaster.




Di masa mudanya, Husein terpengaruh dengan aliran Babiyah. Sebuah aliran pemikiran (mazhab) yang didirikan oleh Ali Muhammad asy-Syirazi yang mendakwa dirinya sebagai seorang nabi dan pembawa risalah. Setelah Ali Muhammad asy-Syirazi mati pada tahun 1868, Husein mendakwa dirinya adalah orang yang mewarisi ajaran Babiyah ini. Maka disitu, bermulahlah orang ramai mengikuti Husein, lalu dia menggelari dirinya dengan gelaran Baha-ullah (بهاء الله).

Ketika dakwah Bahai' mula tersebar, pemerintah di era kekhalifahan Uthmani pun mengambil tindakan tegas terhadap ajaran tersebut. Akibatnya, pada tahun 1868, Husein diasingkan ke Kota Acre, Palestin (kini Israel). Tidak disangka, malah di kota ini, Husein mendapat sokongan dari masyarakat Yahudi Acre. Orang-orang Yahudi disini menyambutnya dengan besar-besaran, memberikan kepadanya harta benda, dan menjamin keamanan dan keselamatannya. Sejak saat itulah Kota Acre menjadi kubu utama ajaran Bahai'.

Mendapat sambutan sebegini menyebabkan Husein Ali semakin sesat. Dari mengaku sebagai pembawa risalah, dia meningkatkan maqamnya menjadi pemilik sifat-sifat ilahi. Ia mendakwa dirinya adalah al-Qayyum yang mengurusi para makhluk, dia sematkan sifat kekal untuk dirinya, ruh Allah bersatu bersamanya, dia mengutus para nabi dan rasul, dan mewahyukan agama-agama.

Syariat solat lima waktu yang diperintahkan oleh Rasulullah, dikurangkan menjadi tiga oleh Husein, masing-masing hanya tiga rakaat. Dia juga menghilangkan syariat solat Jumaat. Wudhu juga diringkas dengan cukup membasuh muka dan kedua tangan. Haji bukanlah menuju ke Makkah, tapi menuju Acre, yang hanya wajib bagi orang lelaki, dan tidak ada cara dan waktu tertentu, serta lain-lain lagi. Namun, seruan utama mereka adalah menggugurkan syariat jihad. Perang sama sekali diharamkan dalam ajaran Bahai-yah.

Di akhir hayatnya, Husein Ali menderita penyakit gila, kemudian meninggal dunia pada 29 Mei 1892. Setelah itu, ajaran Baha-iyah diwariskan ke anaknya yang bernama Abbas yang dikenali dengan nama Abdul Baha’,

Akidah Bahai

Bahai percaya bahawasanya Allah bersatu dalam diri Baha-ullah, Husein Ali. Kerana itu, dalam ajaran ini diyakini Baha-ullah lah yang menciptakan segala sesuatu. Dalam ajaran ini, angka 19 adalah angka suci sehingga tidak hairan mereka menjadikan kalender bulan itu ada 19 bulan dan terdiri dari 19 hari. Mereka menjadikan Zoroaster, Konfusius, dan tokoh-tokoh besar lainnya di kalangan masyarakat India dan Cina sebagai nabi. Mereka mengharamkan hijab bagi wanita dan menghalalkan mut’ah (al-Mausu’ah al-Muyassar fi al-Adyan wa al-Madzahib wa al-Ahzab al-Muashirah, 1: 412).




Ajaran ini cukup diakui oleh orang-orang Eropah dan Amerika Syarikat lantaran kehadiran Abbas Abdul Bahai’ yang senantiasa turut serta dalam berbagai-bagai konfrensi orang-orang Eropa dan Amerika, baik konfrensi itu mengenai komunisme atau tentang sekulerisme. Sebagai bukti kewujudan Bahai di Chicago, kumpulan ini pernah mengadakan Kovensyen Bahainiyah terbesar sepanjang sejarah aliran ini tertubuh.

Populasi terbesar orang-orang Bahai kini adalah di Iran, kemudian sebahagian kecil berada di Iraq, Syria, Lebanon, dan Palestin.

Pandangan Ulama Terhadap Bahai

Pada tahun 2003, Lajnah Fatwa bil Majma’ al-Buhuts al-Islamiyah al-Azhar menetapkan bahawa Islam tidak mengenal dan sama sekali tidak mengiktiraf Bahai' itu sebahagian, sesuku malah secuit daripada mazhab Islam. Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq –Syeikh al-Azhar- menyatakan bahawa Bahai' adalah pemikiran bukan-Islam, maka tidak boleh seorang muslim menyakini atau dan bersama-sama dengan agama sesat ini. Alasannya adalah kerana Bahai' menyeru kepada ajaran aqidah songsang yang mana Allah bersatu dan wujud dalam makhluknya, membuat syariat yang sama sekali tidak berasal dari tuntutan Al-quran dan sunnah, selain mendakwa kenabian bahkan lebih meleset, mengakui diri sebagai Tuhan.

Bahai' merupakan satu ideologi pemikiran ekstrim yang menggabungkan keyakinan beberapa agama, falsafah, dan tidak memiliki sebarang kebaikan buat agama Islam.

Sumber:

Ilahi Zhahir, Ihsan. 1981. al-Bahaiyah Naqdun wa Tahlilun. Lahore: Idarah Turjuman Sunnah.
islamstory.com

Fatwa Malaysia : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/ajaran-bahai

3 comments:

  1. Gila cipap seme yg masuk bahai ni.... nasib baik x dak mutaah sesama jantan...

    Kalu ada ... nuar brahim la yg pertama masuk......

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute