GAZA MASIH KALAH!!!

Oleh :  AJ

Berita terbaru yang penulis dengar adalah pihak Zionist telahpun menamatkan kempen serangan udara keatas Gaza. 

Maka bertempeklah manusia-manusia di Malaysia, menyatakan bahawa 'GAZA TELAH MENANG', 'ISRAEL SUDAH KALAH' dan segala macam 'puji-pujian' yang memperlihatkan kehebatan 'Orang GAZA'.

Penulis secara prinsipnya tidak melihat dengan pemberhentian operasi ketenteraan oleh Zionist keatas GAZA sebagai satu kemenangan buat GAZA. Sebaliknya, ini hanyalah satu 'trick' semata-mata agar umat ISLAM terus terleka dan dibuai mimpi bahawa mereka sudah menjuarai 'peperangan' ini. Kerana perkara yang sama akan juga berlaku pada masa hadapan.

Soalnya kini, adakah setelah 'kemenangan' ini, maka MCD yang diboikot sebelum ini boleh dikunjungi? Kerana yang pasti, umat Islam lebih-lebih lagi di Malaysia, mempunyai penyakit 'bermusim'. Bila Israel menyerang Palestin, maka ketika itulah 'gelombang memboikot' mula digerakkan. Namun setelah keadaan kembali aman (tetapi tanah Palestin terus terjajah), maka berpusu-pusulah orang Malaysia ke tempat-tempat yang sebelum ini kononnya diboikot.

Pada hakikatnya GAZA masih KALAH. Tidak ada sebarang kejayaan sebenarnya berlaku di Gaza. Adakah Hamas berjaya memperluaskan kawalan keatas tanah GAZA? Adakah tentera Israel berundur dari GAZA dan daerah-daerah yang dikuasainya? Adakah jalan masuk ke GAZA sudah boleh diakses dengan bebas melalui jalan udara, darat dan air? Jika salah satu dari jalan-jalan perhubungan ini tidak mampu dibebaskan, maka tidak ada kejayaan buat GAZA.

Kepada pihak media, tak kira siapa pun. Sudah-sudahlah menyampaikan berita palsu mengenai 'Kejayaan Hamas'. Tidak ada sebarang kejayaan yang patut dibanggakan ke atas Hamas, kerana yang pasti nyawa umat Islam yang terbunuh adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan 'kejayaan HAMAS'. Untuk rekod, HAMAS sebenarnya kalah dalam peperangan tersebut. Kerana mereka mendakwa mereka menyerang kedudukan Zionis. Namun sehingga hari ini, keluasan Tanah Gaza pula yang semakin sempit!!!

Akhirnya, jika kita kaji secara mendalam, ISRAEL memberhentikan serangannya adalah kerana KPI mereka untuk menghabiskan bekalan peluru-peluru berpandu yang akan tamat tempoh (expired) sudah habis digunakannya. Dan dalam masa yang sama, abang mereka, USA telah pun menghantar bekalan baru bagi digunakan pada tahun hadapan. Kejayaan sebenar bagi Palestin ialah bilamana negara Zionist yang kini berdiri atas Tanah Palestin hilang dan lenyap dari peta dunia ini. Manakala orang-orang yahudi yang datang ke Palestin pulang semula ke Poland, Jerman, Russia, dan negara-negara eropah yang pernah menghalau mereka.

Jadi... Bukalah mata!!! KITA MASIH KALAH DALAM PEPERANGAN INI!!!

Artikel berkaitan :

http://www.penaminang.com/2014/08/israel-yang-mencipta-hamas-ron-paul.html#axzz3BZ51UOhU

http://www.penaminang.com/2014/08/hamas-ciptaan-israel.html#axzz3BZ51UOhU

Post a Comment

0 Comments