ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 25 September 2014

ARAB SAUDI UMUM TARIKH WUKUF ADALAH 3 OKTOBER DAN 4 OKTOBER ADALAH HARI RAYA HAJI

MAKKAH – Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya, demikian diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi.

Portal berita Arab News www.arabnews.com melaporkan pengumuman itu dibuat oleh Mahkamah Agung selepas beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.

Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan lebih dua juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah daripada Malaysia, di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah Subhanawata'ala.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah.

Dikatakan sesiapa yang tidak berwukuf di Arafah tidak akan mendapat haji dan ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu “Haji adalah Arafah”.

Di Arafah juga Nabi Muhammad  menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama Khutbah Perpisahan pada tahun terakhir hayatnya, dan ia juga menjadi tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas dikeluarkan daripada syurga Jannah dan ditempatkan di bumi.

Sementara itu, 93.89 peratus atau 20,957 jemaah haji daripada Malaysia telah tiba di tanah suci.

Hari ini, satu penerbangan iaitu KT60 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi di Malaysia) membawa 448 jemaah. Penerbangan yang membawa kumpulan jemaah haji terakhir dari Malaysia dijangka tiba Sabtu ini.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute