SHAH ALAM, 25 Septermber 2014 : Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi jumlah Exco daripada setiap parti dalam pakatan rakyat adalah kekal seperti dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
Mohamed Azmin dalam status terkini Twitternya kira-kira sejam lepas dilihat menyalahkan laporan media mengenai jumlah komposisi itu selain mengatakan ia sebagai tidak tepat malah menyifatkan perkara tersebut masih dalam proses rundingan.
“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya menerusi laman sosial berkenaan hari ini.
Sebelum itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari Istana Mestika di sini kira-kira pukul 4 petang tadi menyatakan komposisi empat wakil daripada PAS dan masing-masing tiga wakil daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikekalkan.
Beliau yang dilihat memasuki istana tersebut kira-kira pukul 2.40 petang adalah bagi mempersembahkan senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.
Sejurus keluar daripada istana, Mohamed Azmin menyatakan senarai barisan Exco baharu yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat perkenan baginda.
“Saya bersyukur kerana Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) perkenan senarai barisan Exco yang saya persembahkan.
“Esok pagi saya akan umumkan senarai penuh nama-nama tersebut,” katanya.
Mohamed Azmin juga berkata majlis angkat sumpah Exco dijadual berlangsung pada 2.45 petang esok.
Sumber : BERNAMA / ABN
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.