ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 20 November 2014

BUNUH RAKAN SEKERJA : SEORANG PUTERA RAJA ARAB SAUDI DIHUKUM MATI

Oleh : Md Al-Sulami

JEDDAH, 20 NOVEMBER 2014 - Hakim Mahkamah di Riyadh hari ini telah memutuskan untuk menjatuhi hukuman mati keatas seorang Putera Raja Arab Saudi ekoran telah melakukan pembunuhan keatas seorang remaja dan rakan sekerjanya di Thumamah, Riyadh pada tahun 2012.

Menurut agensi berita Arab News, Abdul Rahman Al-Falaj, bapa saudara kepada mangsa, mengesahkan berita tersebut di Twitter.

"Sungguh kerajaan di negara ini mendapat rahmat kerana mempunyai sistem keadilan yang dicerminkan dalam keputusan mahkamah hari ini dengan menjatuhkan hukuman mati keatas pembunuh anak saudara saya" ujarnya.

Adel Al-Mahaimid terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian berbalas tembakan di kem Thumamah, setelah terjadi perselisihan antara mereka bertiga pada Disember 2012 yang lalu. Menyedari kejadian tersebut, pembunuh telah bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dalam masa yang sama, putera berkenaan diberikan hak untuk merayu di Mahkamah Rayuan di mana keputusan itu akan diteliti oleh tiga hakim. Jika keputusan tidak menyebelahinya, tertuduh boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Agung.

Salah satu ciri-ciri unik dalam sistem kehakiman Islam di Arab Saudi ialah bapa, penjaga, atau ahli waris orang yang dibunuh mempunyai hak untuk mengenepikan hukuman bunuh tersebut. Jawatankuasa telah ditubuhkan di semua wilayah untuk mencari jalan perdamaian diantara pelaku dan mangsa korban mereka.

arabnews.com

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute