Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Surah Al-Hujurat ayat 6
Emel dari : Acap - Mantan Koodinator Black Ops Pro M Nasional
'Insiden' yang terjadi sepertimana yang didakwa oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) merupakan sebahagian daripada Black Ops yang dijalankan oleh pihak mereka bagi memberikan nama buruk kepada pihak lawan, dalam kata lain kepada Aspirasi UKM.
Secara amnya, Black Ops yang dijalankan kebiasaanya tidak diketahui oleh calon-calon GMUKM, apatah lagi orang luar. Ianya hanya diketahui oleh beberapa orang yang menjadi koordinator kepada GMUKM.
Modus operandinya tetap sama dari dulu sampai sekarang iaitu ;
1. Menimbulkan rasa marah dan simpati pengundi atas pagar sekaligus undi dapat diberikan kepada mereka.
2. Menjatuhkan kredibiliti lawan (Aspirasi UKM) melalui tuduhan-tuduhan bahawa musuh cuba mensabotaj mereka.
3. Mempengaruhi pengundi agar tidak menyokong kumpulan yang 'menzalimi' mereka.
4. Melahirkan persepsi bahawa mereka sentiasa teraniaya melalui 'cerita-cerita' yang dikarang lalu disebarkan dalam media sosial.
Namun sebagai seorang mahasiswa, saya menyeru anda semua berfikir;
1. PRK diadakan pada setiap tahun. Dan setiap kali PRK, akan wujud unit keselamatan yang ditubuhkan oleh mereka bagi mengawasi dan menyelia keselamatan poster-poster atau banner yang digantung oleh mereka. Dan mereka ini akan patrol sekeliling kampus terutama di lokasi yang diletakkan poster atau banner. Dan benda ini tidak berlaku pada Aspirasi. Aspirasi memang pemalas nak jaga baner mereka. Jadi, jika hanya satu pihak sahaja yang ada unit ini, tidakkah wujud elemen 'sabotaj diri sendiri untuk simpati' dilakukan oleh pihak berkenaan?
2. Setiap kali PRK berlaku, isunya tetap sama. Kita akan dengar dakwaan dari mereka bahawa banner dan poster calon mereka disabotaj. Soal yang boleh dibangkitkan ialah, apakah tidak ada mekanisme lain bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang? Misalnya meletakkan beberapa orang untuk menjaga dan menyelia keselamatan baner dan poster mereka? Jika mereka sudah melakukan sedemikian, kenapa masih berlaku kejadian tersebut? Mungkin ada yang tak kena dengan unit keselamatan mereka.
3. Berkenaan soal sticker yang kononnya bukan dari milik mereka, saya ingin menyeru anda semua mahasiswa berfikir. Isu sticker ni bukan isu baru. Di Universiti Malaya, gaya tampal sticker ini memang menjadi permainan Pro M UM. Sedangkan Penggerak Mahasiswa UM pula adalah kumpulan paling kedekut nak print sticker. Jadi dalam hal ini, kaedahnya sama cuma caranya berubah. Di UM, memang dah menjadi kerja 'wajib' Pro M UM untuk tampal sticker calon-calon umum mereka di mana-mana sahaja. Dan benda ni memang dah biasa.
4. Cuma bila di UKM, mungkin benda ini 'asing', maka untuk memperkenalkan 'teknik' ini, maka unit 'black ops' digerakkan bagi menampal sticker-sticker calon mereka di mana-mana sahaja. Fikirkan secara logik, apalah guna Aspirasi UKM keluarkan duit semata-mata nak mencetak wajah-wajah calon GMUKM. Lagi kelakar, siap dengan Nombor Calon yang tepat. Bagi yang berakal dalam berkonspirasi, adalah lebih wajar Aspirasi UKM mencetak sticker-sticker yang tertera wajah calon-calon GMUKM tetapi nombor undi adalah nombor yang berbeza (Dalam hal ini nombor calon Aspirasi UKM). Sekurang-kurangnya wajah calon GMUKM dapat dimanipulasi demi mendapatkan undi. Kerana perlu diingatkan, mengigati nombor lebih mudah dari mengingati nama. :)
5. Jadi apa tujuan black ops sticker ini sebenarnya? Tidak lain dan tidak bukan, untuk menimbulkan 'satu cerita' dan persepsi bahawa mereka dianiayai. Contoh seperti dibawah ini ;
Kan dah ada cerita yang menarik untuk dijadikan status di FB. Secara tak langsung dapat menimbulkan persepsi negatif kepada pihak lawan. Dan antara tuduhan paling menarik ialah : Kerja SB - Tuduhan cliche setiap tahun
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dalam Black Ops ini, sememangnya calon-calon PRK GMUKM tidak akan mengakui perkara tersebut adalah kerja mereka. Dan aku tidak menyalahkan mereka kerana kebanyakkan calon mereka adalah budak-budak tahun pertama dan kedua yang masih belum 'masak' ataupun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam GMUKM. Maka dalam hal ini, saya cabar Pengerusi, Timbalan Pengerusi, serta Setiausaha GMUKM bersumpah dengan nama Tuhan bahawa anda tidak mengetahui, merangka, merancang atau mengarahkan sebarang aktiviti atau tindakan kumpulan elit bagi melaksanakan operasi 'Black Ops' dalam PRK UKM kali ini.
P/S : Masih menanti senarai nama Felo yang menghalang anda berkempen di Kolej didedahkan sepertimana dalam print screen Whatsapps sebelum ini:)
2 Comments
pikir sejenak
ReplyDeletex ke bodohnya GM buat mcm tu
dia tampal tntang calon tahun 3/4 pada setiap kereta. kalau empunya kereta tu tahun 2 ??(tahun 1 xboleh bwak kereta)
pikir la siket ye. GM die buat nombor2 calon dalam list kecik, saiz macam buku 555 je. then PHOTOSTAT.
untuk pengetahuan, GM adalah pertubuhan HARAM di sisi ukm, maka TIADA PERUNTUKAN DIBERI dari pentadbiran ukm mahupun kolej.
dari pihak aspirasi, mereka merupakan pertubuhan "HALAL". maka, ADA PERUNTUKAN DIBERI dari pihak kolej. macam mana aku tahu?? aku pun aspirasi masa tahun 1 dulu.
as a conclusion, kau x duduk ukm. kau x pernah masuk aspirasi ukm. tapi sembang macam kau tahu semua perkara dalam ukm.
Nama pun black ops wahai Alumni UKM 14:56.
DeleteBukan semua benda kau tahu. Tapi penulis ni memang ada point. Tahniah!!!
Kasi bongkar permainan mereka!!!
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.