Oleh : Mat Pe-Ning (Mahasiswa Universiti Malaya)
Apa yang pasti adalah bermula daripada kenaikan harga gula dan bahan bakar petrol dan diesel setelah ianya dilaksanakan oleh pemerintah. Oleh itu, untuk apakah sebab untuk perkara ini dilaksanakan sehingga terpaksa mengurangkan kadar pemberian subsidi kepada rakyat? Namun realokasi subsidi di indonesia pula menyaksikan kenaikan Bahan Bakar Minyak (BBM) sebanyak 30 peratus setelah perlantikan Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia.
Jika kita melihat kesan jangka pendek mungkin tindakan ini seperti kamikaze kerana mungkin akan bisa berakhirnya karier politik seseorang itu mahupun parti politik yang diwakilinya. Walaubagaimanapun, akan ada akibat buruknya sekiranya langkah ini tidak dilakukan untuk jangka masa yang panjang iaitu kita mungkin akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing – syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat.
Itulah hakikat yang harus ditelan demi menyediakan sebuah kemakmuran rakyatnya untuk menghadapi cabaran di waktu globalisasi ini.Jika langkah ini tidak diambil kadar hutang negara di Malaysia dan Indonesia pasti akan meningkat sebanyak 10 peratus pada setiap tahun. Oleh itu, perbelanjaan harus dikurangkan bagi memastikan sumber yang diperlukan untuk pelaburan masa depan yang lebih baik.
Jika melihat di Indonesia juga langkah ini turut diambil oleh Joko Widodo untuk menyediakan Indonesia sebagai negara yang berdaya saing. Apa yang dilihat adalah mungkin Pak Jokowi seolah-olah mengembalikan penderitaan rakyat Indonesia sewaktu era Suharto sehingga dijatuhkan dek kerana skandal rasuahnya sekaligus menjatuhkannya dan Partai Golkar. Apakah nasib yang sama bakal menimpa Jokowi pada PEMILU kelak?
Setakat inilah dahulu untuk kali ini kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam ekonomi untuk membicarakan lebih lanjut mengenai soal ini. Walaubagaimanpun, penjelasan dan hujah yang bernas amatlah diperlukan oleh rakyat supaya mereka dapat menerima program ini dengan baik.
Sumber : http://matpening.blogspot.com
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.