SHAH ALAM – Tindakan kerajaan menurunkan harga jualan runcit petrol Ron97 di seluruh negara sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa malam tadi adalah selaras dengan penurunan harga pasaran bahan api di pasaran dunia, demikian penjelasan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Jelasnya, harga runcit Ron97 tidak ditentukan oleh subsidi kerajaan sebaliknya mengikut ‘Apungan Terurus’ dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.
“Ron 97 tidak mempunyai sebarang subsidi hanya mengikut harga pasaran semasa, minyak di Malaysia ada dua jenis harga iaitu satu minyak harga pasaran antarabangsa, satu lagi ialah minyak bersubsidi Malaysia iaitu Ron95.Keputusan menurunkan harga petrol dibuat berdasarkan data dan fakta,” katanya.
Ahmad berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan KKUUITM ke-27 di Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam hari ini.
Semalam,minyak petrol Ron97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak boleh mengikut kehendak mana-mana individu dan parti politik dalam membuat keputusan untuk menurunkan harga petrol.
“Mereka (pembangkang) nak buat demonstrasi atau berpiket, dengan harapan harga minyak turun , terpulang pada mereka.Kita bukan buat keputusan berdasarkan demonstrasi atau mana-mana desakan,kita buat keputusan apa yang betul dan baik untuk rakyat. Sekiranya OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) memutuskan supaya pengeluaran minyak dikurangkan, harga minyak dunia pasti akan naik,”jelasnya lagi.
Beliau berkata lagi, keputusan menurunkan harga petrol hanya boleh dibuat sekiranya harga minyak mentah turun ke paras lebih rendah di pasaran dunia.
Baru-baru ini,Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menyatakan,parti itu akan mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan gagal menurunkan harga petrol menjelang tarikh demonstrasi itu.
Sumber : ABN News
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.