ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 November 2014

PRK UKM : KENAPA GM UKM TAKUT NAK DEDAHKAN BUKTI?

Emel dari : Acap - Mantan Koodinator Black Ops Pro M Nasional

Aku sebenarnya malas nak masuk campur urusan pilihanraya kampus UKM ni, memandangkan aku bukanlah pelajar universiti berkenaan. Namun disebabkan Gabungan Mahasiswa UKM merupakan proksi yang sama dengan Pro Mencacai UM (Pro M UM) maka aku sedikit terpanggil untuk memberi penerangan selain membuat cabaran kepada kumpulan berkenaan.

Berdasarkan fitnah yang ditulis pada 18 November 2014 di blog GM UKM (Rujuk sini), kumpulan berkenaan mendakwa bahawasanya wujud 'pencabulan' oleh pihak tertentu ketika calon-calon mereka mahu berkempen di Kolej Pendeta Za'ba.



Dengan berbekalkan 'print screen' yang tah mana diambilnya, GM UKM memfitnah bahawa pihak pentadbiran kolej cuba menghalang calon-calon mereka daripada berkempen di Kolej tersebut.

Kepada mahasiswa sekalian, sebagai seorang yang pernah terlibat dalam merancang dan merangka black ops ketika Pilihanraya Kampus di UM dan diseluruh Malaysia, kaedah yang digunakan oleh GM UKM ini hanyalah satu taktik yang telah dirangka sejak dari awal lagi. 

Tujuannya adalah untuk mendapatkan simpati dari kalangan mahasiswa bahawasanya mereka adalah dari kumpulan yang ditekan oleh pihak pentadbiran. Aku nak tarik korang semua untuk berfikir sebelum bersetuju dengan dakwaan mereka;

1. Kenapalah bodoh sangat felo / penyelia kolej pi masukkan nombor-nombor budak GM UKM dalam grup whatsapp? Tak ke itu akan memecahkan keselamatan lingkungan maklumat? Dan mustahil sangatlah felo kat situ tak kenal siapa pro GM siapa pula yang tak. Apa guna jawatankuasa perwakilan kolej kalau tak buat 'screening' setiap mahasiswa di dalam kolej.

2. Kenapa GM UKM tidak menampilkan nombor telefon setiap individu yang berada dalam grup whatsapp berkenaan? Kenapa dihitamkan nama-nama berkenaan?

3. Bukan sahaja nombor telefon atau nama individu yang dalam grup itu dihitamkan, malah nama grup juga dipadamkan. Jika mereka benar-benar diatas jalan kebenaran, kenapa tak tunjukkan kesemuanya? Kenapa ada 'cencored' di tempat-tempat tertentu? 

4. Jika benar benda ini berlaku, mengapa GM UKM tidak membuat bantahan secara rasmi kepada pentadbiran universiti? Kepada Suruhanjaya Pilihanraya Kampus UKM? Bawalah segala bukti, senarai nama pegawai dan sesiapa sahaja yang menghalang anda daripada berkempen. Kenapa hanya berani menampilkan di media? Adakah kerana mahu mewujudkan persepsi?

Sekiranya jika GM UKM berada di atas jalan kebenaran, maka seharusnya GM UKM berani tampil membawa bukti penuh, dan bukannya bukti-bukti 'terpilih' dan 'dibuat-buat' untuk dipaparkan di laman media sosial. Ingatlah, jika di UM 'kami' (Masa aku bersama Pro Yem) boleh 'hilang'kan calon kami buat sementara waktu demi mendapat undi simpati, setakat rekaan 'mesej-mesej zalim' ini, lagilah tak ada masalah.

Akhir kalam, kepada semua mahasiswa, mari kita tenung firman ALLAH S.W.T yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

AL-HUJURAAT : 6

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute