ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 23 November 2014

DRAMA, AIR MATA & HIDUP MELAYU

Oleh : Mat Pe-Ning*

Apa yang pasti itulah yang mungkin sedang berlegar di dalam kotak fikiran waktu ini, tatkala melihat pelbagai isu yang menjadikan masyarakat melihat UMNO adalah sebuah parti yang semakin hilang taringnya dek kerana sibuk dengan perangai lamanya yang semakin hari semakin berbau nanah di atas lukanya. 

Sudahlah manifesto PRU 13 dahulu semakin menyimpang dari landasan untuk ditepati dan ditambah pula kegagalan beberapa orang pemimpin UMNO yang berada di kabinet dalam memberi penjelasan mengenai isu kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga rumah yang semakin meruncing dan ditambah dengan pemansuhan subsidi minyak petrol RON 95. Apakah mereka yang berada di atas sana mampu menyelamatkan keadaan ini daripada terus merebak? 

Walaubagaimanapun, itulah cabaran yang harus dihadapi oleh UMNO pasca PRU 13, lebih-lebih lagi selepas melihat kerusinya di Parlimen semakin mengucup daripada 140 kepada 133 sahaja untuk penggal ini.



Bercakap mengenai bulan November pula sudah pasti peristiwa yang pasti berlaku pada bulan ini selain daripada Piala AFF Suzuki 2014 adalah Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan diadakan di venue biasa untuk setiap tahun iaitu Putra World Trade Center di Kuala Lumpur. Apakah usul yang menjadi puchline untuk dibawa oleh mereka sempena persidangan kali ini? Persoalan ini mungkin hanya bisa dijawab oleh yang dikatakan lebih berpengalaman sahaja di dalam UMNO, apa yang pasti adalah isu untuk meremajakan UMNO akan menjadi topik hangat untuk kali ini. 

Bagaimanakah pula cara peremajaan itu akan dilakukan demi untuk mencapai objektifnya, adakah dengan menukarkan pimpinan lama dalam parti untuk ditukarkan dengan muka baru atau adakah cara lain yang bisa dipakai demi untuk mencapai maksud peremajaan dalam UMNO itu.

Apabila bercakap mengenai Perhimpunan Agung UMNO ini sudah pasti episod dan jalan ceritanya adalah sama seperti pada siri perhimpunan yang lepas. Tidak lain dan tidak bukan adalah drama laungan HIDUP MELAYU pasti akan menggamatkan suasana dewan persidangan pada ketika itu, lebih nostlagik jika disiarkan pula dengan drama sesetengah perwakilan yang mengalirkan air mata dek terpesona dengan bait-bait ucapan oleh Presiden UMNO yang mengalahkan sebuah konsert orkestra. Namun itulah asam garam yang sering berlaku sewaktu acara tahunan ini berlangsung, ada yang menggelikan hati dan ada yang sebaliknya.



Namun begitulah apabila bercakap mengenai UMNO dan acara tahunannya, apa yang diharapkan proses peremajaan UMNO yang hendak dilakukan itu biarlah mencapai maksudnya. Tidak salah rasanya andai kata UMNO turut melibatkan golongan muda dalam pimpinan untuk masa ini, sampai bilakah kita hendak melihat idea dan pemikiran dari golongan tidak diketengahkan dalam pimpinan? 

Walaubagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apa yang akan berlaku selepas ini kerana untuk melakukan sebuah perubahan itu haruslah bermula daripada seorang pemimpin sendiri dan janganlah pula pandai menyeru kepada ahli dan perwakilan sahaja untuk berubah, tetapi diri sendiri juga haruslah bertindak sedemikian rupa juga demi survival UMNO itu sendiri.

Apa jua teguran dan pandangan yang datang daripada Sayap UMNO seperti Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemuda UMNO haruslah diambil kira dan dihargai kerana mungkin pandangan mereka itu lebih bagus daripada kita untuk dipraktikkan. Di sini saya berharap agar Persidangan kali ini dapat menghasilkan sesuatu yang baharu untuk UMNO demi untuk memastikan parti ini kekal relevan di kalangan rakyat, khususnya anak muda. Oleh itu, selamat bersidang diucapkan kepada mana-mana perwakilan UMNO yang menyertainya pada kali ini.

*Penulis merupakan seorang mahasiswa Universiti Malaya.

1 comment:

  1. Kalau nak ramai yg. muda pun dlm. UMNO, biaqlah mcm. dari WIRA PERKASA/ISMA serta Allahyarham USAMAH bin ZAID, pejuang ISLAM TULEN, kesayangan Rasulullah SAW - lihat artikel-artikel amat BERNAS ini di - http://dukeofumno.blogspot.com/2014/11/ini-ikon-orang-muda-yang-sepatutnya-kj.html , INI IKON ORANG MUDA YANG SEPATUTNYA KJ JADIKAN CONTOH...!!!, November 23, 2014; dan di - http://www.kedahnews.com/2014/11/usamah-bin-zaid-ikon-anak-muda-yang.html , Usamah Bin Zaid: Ikon Anak Muda Yang Patut Dicontohi Anak Muda Malaysia!

    Memang jgn. mcm. si mamat-kari-LIBERAL yg. si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-GLAMER/ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD! Lepas tu si timbalan BIADAP si BUDAK-LIBERAL ni nak labelkan si kumpulan yg. PERTAHAN ISLAM serta hak Umat Islam/Melayu-Bumiputera sbg. "berhaluan kanan" pula tu!

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute