KUALA LUMPUR, 12 September 2012 - Akan ada satu lagi pusingan liberalisasi ekonomi dalam pengumuman Bajet bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Liberalisasi itu baik untuk daya saingan mampan jangka panjang kita. Ia membina kekuatan intrinsik kita bukan melalui perlindungan ataupun subsidi,” kata beliau dalam temubual dengan Forbes Asia Magazine.
Temubual itu disiarkan dalam edisi khas majalan itu bulan ini.
“Kita telahpun meliberalisasikan ekonomi, tetapi saya perlu meredakan kebimbangan domestik yang pembukaan yang terlalu pantas boleh mengancam,” kata Perdana Menteri ketika menjawab mengenai bagaimana Malaysia meliberalisasikan/melonggarkan ekonominya.
“Kita perlu berdaya saing kerana faktor-faktor seperti produktiviti, teknologi dan proses kita,” kata Najib yang juga Menteri Keawngan.
Mengenai bagaimana ekonomi Malaysia menunjukkan prestasinya, Najib berkata pemulihan negara daripada krisis kewangan global begitu menggalakkan.
“Berikutan penguncupan ekonomi pada 2009, kita telah mencapai 7.2 peratus pertumbuhan pada 2010. Pemulihan yang kukuh ini berterusan ke tahun 2011 dan kita menjangka mencapai pertumbuhan lima hingga enam peratus tahun ini,” kata beliau.
Najib berkata angka-angka berhubung asas-asas seperti pelaburan awam dan swasta serta pengunaan nampak begitu mantap.
“Antara faktor utama untuk pemulihan ini ialah lonjakan 530 peratus pelaburan langsung asing (FDI) di mana ia mencecah kira-kira RM28 bilion pada tahun 2010,” katanya.
Minggu lepas, Najib mengumumkan bahawa untuk separuh pertama 2011, Malaysia telah menarik RM21.3 bilion dalam jumlah FDI.
“Para pelabur semakin yakin dengan program transformasi ekonomi dan model baru ekonomi kita.
“Kita pantas membuat keputusan mengenai menyeragamkan insentif untuk FDI yang menyumbang dengan ketara kepada pekerjaan yang bergaji tinggi, teknologi baharu dan permulaan positif untuk ekonomi tempatan,” kata beliau.
Najib berkata pada pemulihan global kali ini, “kita sedang mengukuhkan Malaysia secara strategik sebagai hab untuk Asean dan Asia Timur.”
Mengenai hubungan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Asia dan Timur Tengah, Najib berkata negara mempunyai hubungan ekonomi yang baik dengan China dengan jumlah dagangan mencecah RM149 bilion.
“Satu perkara yang saya ingin tingkatkan dengan secara signifikan ialah menggalakkan China untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang di Malaysia melangkaui pelaburan jangka pendek seperti projek-projek pembinaan.”
Dengan Singapura pula, beliau berkata Malaysia telah menyelesaikan masalah selama 20 tahun mereka berhubung pendapat mengenai perjanjian dan kini masing-masing dalam mode konstruktif dari segi hubungan dua hala.
“Walaupun kita bersaing, kita seharusnya memajukan hubungan produktif selagi kita boleh lakukan.
Najib juga berkata beliau telah memajukan hubungan persendirian yang amat kukuh dengan para pemimpin di Timur tengah dan sehubungan itu, mereka kini melihat Malaysia untuk penglibatan ekonomi.
“Abu Dhabi telah menjadi rakan kita dalam Pusat Kewangan KL dan mahu membina kemudahan alumuminium bersepadu hiliran di Sarawak,” kata beliau.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.