Ingat tak korang pada tahun lepas, menjelang PRU13, cerita mengenai 'penemuan' telaga petrol (aku tak sebut minyak, sebab crude oil tak seperti gambar yang dikemukakan) di Tumpat Kelantan. Heboh satu Malaysia. Dan yang paling heboh, tak lain tak bukan, macai-macai Pakatan.
Dipendekkan cerita, datanglah sekelompok NGO tajaan PAS yang menggelarkan diri mereka sebagai NGO menuntut royalti untuk Kelantan, atau singkatannya 'R' datanglah ke Tumpat untuk melihat sendiri telaga petrol yang ditemui di tempat berkenaan. Dipanggillah segala media untuk 'cover' penemuan maha hebat ini. Pendekkan cerita lagi, NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur bak kata Presiden R, Nazri Deraman.
Namun setelah hampir 1 tahun 11 bulan berlalu, kemanakah perginya analisis sampel petrol yang dihantar ke syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur itu? Usahkan laporan, nama syarikat geosains itu sendiri pun haram tak dimaklumkan.
Adakah NGO menuntut royalti untuk Kelantan, 'R' makan sorang dari penemuan itu?
Apa-apapun, rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan khasnya terus menantikan hasil analisis dari syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur itu.
P.S : Baca story dari puak-puak PAS ni kengkadang macam baca kisah-kisah Ayatullah karangan pepuak Syiah plak. Hahahahahah
Rujukan :
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16299-minyak-di-atas-daratan-di-kelantan
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/HusamdakwaKelantantemuiduatelagaminyak/Article
https://www.facebook.com/NGO.Royalti/posts/572828456095257
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.