MEROKOK PUNCA SPERMA BERMASALAH.

Oleh : Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah.

Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari.

Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas.

Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan KEROSAKAN KEPADA PROTIEN dan NUTRIEN.
Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Merokok mengurangkan bilangan sperma kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian zinc.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan yang diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang.

Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka jika keadaan serius.

Merokok menganggu pergerakan sperma iaitu keupayaan bergerak secara ke depan memasuki rahim dan salur telur untuk pencantuman.

Merokok menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas free radicals daripada kimia rokok.

* Penulis merupakan penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi),  Pusat Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

Post a Comment

0 Comments