Emel dari : Acap - Mantan Koodinator Black Ops Pro M Nasional
Walaupun pilihanraya kampus UKM sudah melabuhkan tirai, tetapi ianya masih menarik untuk diperhatikan. Menjadi antara salah sebuah universiti awam pertama yang menjalankan pilihanraya, selain menjadi kubu kuat mahasiswa pro-pembangkang, pastinya menjadi 'hot spot' untuk dianalisis.
Dalam Pilihanraya Kampus Sesi 2014/2015 ini menyaksikan GMUKM masih mampu mengekalkan kekuasaan walaupun memiliki majoriti yang amat rapuh. Memenangi 15 kerusi berbanding 22 kerusi yang lalu, sudah cukup membuktikan betapa lemahnya GMUKM kali ini. Baca analisis kami disini : http://www.penaminang.com/2014/11/prk-ukm-gmukm-anak-didik-pas-pkr-dap.html#axzz3JwqVE2RI
Namun apa yang hendak kami sentuh ialah ialah keputusan undi popular dan PRK UKM kali ini. Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh UKM Pride, Aspirasi telah memenangi undi popular iaitu sebanyak 54% berbanding GMUKM (Kader PAS, PKR, DAP) yang hanya mendapat 46% undi popular.
Secara tidak langsung membuktikan GMUKM tidak popular dikalangan Mahasiswa walaupun memiliki kelebihan 1 kerusi berbanding Aspirasi UKM. Tetapi nasib baiklah UKM tidak menggunakan sistem undi popular, walaupun sebelum ini, pepuak bertuankan pembangkang ini bukan kemain merekayasakan undi popular.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.