ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 21 November 2014

NILAI AMANAH SEMAKIN HILANG DIKALANGAN PEMIMPIN MASYARAKAT - SULTAN KELANTAN

Oleh : Mastura Malak

CYBERJAYA, 20 NOVEMBER 2014 – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melahirkan rasa bimbang apabila nilai amanah hilang dari masyarakat terutama di kalangan pemimpin.

Justeru, baginda mengingatkan kepada seluruh masyarakat agar dapat menampilkan budaya kerja cemerlang yang ada kaitan secara langsung dengan penyempurnaan amanah.

Titah baginda lagi, nilai amanah menjadi suatu nilai kebolehpercayaan dan akauntabiliti terhadap tanggungjawab.

“Beta sangat bimbang apabila nilai amanah hilang dari masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan kepimpinan, khianat terhadap tanggungjawab, pecah amanah yang berlaku dalam masyarakat hari ini banyak berkaitan dengan penyalahguaan kuasa, rasuah, salah guna kewangan yang sememangnya berkaitan rapat dengan integriti, kejujuran dan ketelusan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas mencemar duli berangkat ke Majlis Konvensyen Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN 2014 yang berlangsung di Menara LHDN Cyberjaya.

Di kesempatan itu baginda turut menyeru semua pihak agar dapat mencari makanisme dan langkah proaktif yang lebih berkesan untuk mengekang insiden yang boleh menjurus kepada salah laku pecah amanah.

“Pihak yang berada di peringkat kepimpinan sangat baik dapat menampilkan contoh, sebagaimana slogan yang diperkenalkan ‘Kepimpinan Melalui Taladan’ agar dapat dilihat dan dinilai sebagai pemimpin yang berwibawa,” titah baginda lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Kolonel Tan Sri Mohd Shukor Mahfar.

Majlis turut mempersembahkan koir nyanyian lagu Selamat Sultan dan bacaan ummul kitab dan terjemahan.

abnxcess.com

1 comment:

  1. alangkah indahnya bila kembalinya pemerintahan khalifah di tanah nusantara...

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute