KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UKM SESI 2014/2015 : GMUKM (ANAK DIDIK PAS-PKR-DAP) HILANG 10 KERUSI BERBANDING 22 KERUSI DALAM PRK TAHUN LEPAS

Emel dari : Acap - Mantan Koodinator Black Ops Pro M Nasional

Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah diatas kejayaan Gabungan Mahasiswa UKM (GM UKM = Kader PAS + DAP  + PKR) kerana berjaya mengekalkan tampuk kuasa walaupun dalam keadaan begitu rapuh sekali. Ucapan tahniah ini ku utuskan terutama sekali kepada puak-puak dalam Unit Black Ops (Macam Unit Amal PAS) yang bertungkus-lumus membuat pelbagai konspirasi dan helah bagi memastikan GM UKM terus menjadi 'mangsa' kepada pihak pentadbiran Universiti - Bak dakwaan mereka.

Dalam masa yang sama, aku berharap Aspirasi UKM tak usahlah buat demo, bakar patung, pegang lilin (candlelight vigil) yang diharamkan oleh Majlis Fatwa : sila rujuk sini, dan apa sahaja perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menenggelamkan etika serta kematangan pemikiran mahasiswa. Laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab dan merendah diri. Usah terikut-ikut emosi dan banyakkan berdiplomasi dari berkonfrantasi.

Dan kepada Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha GM UKM, saya masih menanti sumpah anda menafikan keterlibatan anda semua secara langsung dan tidak langsung dalam black ops selain masih menanti bukti print screen yang anda dakwa tempoh hari.


Post a Comment

0 Comments