ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 27 December 2014

[E-BOOK PERCUMA] PELAYARAN BANGSA ARAB

1. Bangsa Arab melakukan penjelajahan dan penerokaan adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah :

a) Mengukuhkan kedudukan politik dan perluasan kuasa. Kerajaan Islam telah berjaya menguasai seluruh Afrika Utara sehinggalah ke Sepanyol dan termasuklah selatan Parsi hingga ke sempadan China dan India.

b) Menjalankan aktiviti perdagangan. Para pedagang Arab telah berulang-alik antara pelabuhan Antioch di Timur dengan Pelabuhan Gibralta di Barat. Kegiatan perdagangan turut berlaku dengan negara China pada abad kedua hijrah. Disamping itu, hubungan perdagangan dengan negara-negara di Asia Tenggara berlaku kerana ingin mendapatkan bunga cengkih, bijih timah dan sebagainya.

c) Menimva ilmu pengetahuan. Orang-orang Arab juga melakukan pelayaran dalam pelbagai bidang seperti geografi, astronomi, perubatan dan sebagainya. Contohnya ialah seperti Al-Khawarizmi yang menulis berkenaan alat astrolab Yunani di dalam bukunya yang bertajuk Zij-Al Sindhind.

2. Bangsa Arab merupakan masyarakat yang banyak menjalankan aktiviti perdagagan dan seterusnya kegiatan ini dapat mengorak langkah kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Sejak zaman Jahiliyyah lagi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa orang Arab pernah menjelajah ke India, Asia Tenggara dan China. Ketika Yaman terkenal sebagai pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Arab, San'a menjadi pelabuhan persinggahan pedagagang-pedagang dari Timur dan Barat.

3. Hubungan perdagangan masyarakat Arab dengan kerajaan Parsi dan Rom turut terjalin. Bangsa Arab juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pelayaran. mereka menggunakan bintang sebagai penunjuk arah dalam perjalanan mereka.

4. Selain itu, bangsa Arab bukan sahaja terlibat dalam aktiviti pelayaran, malah mereka juga berpengalaman luas dalam peperangan di laut. Mereka mempunyai pengetahuan tentang angin, ombak, arus, ribut, taufan dan juga perubahan monsun.

5. Di samping itu juga terdapat buku-buku yang ditulis oleh bangsa Arab tentang ilmu pelayaran. Antaranya termasuklah kita Al-Anwa hasil karya Abu Hanifa Dinawri yang dapat dijadikan panduan ketika melakukan pelayaran. Tokoh-tokoh besar Arab dalam bidang pelayaran termasuklah Al-Mas'udi, Ibn Battutah, Ibn Majid dan Ibn Hawqal.

6. Kepulauan Melayu merupakan tempat persinggahan pedagang Arab sementara menanti pertukaran angin monsun sebelum meneruskan perjalanan ke China. Antara tempat yang menjadi persinggahan ialah di Kalah (Kedah), Ramni, Tiyuman dan Fansur merupakan antara pelabuhan yang terpenting sekitar 850M bagi pedagang Arab.

7. Menurut Proffesor Wang Gung Wu, Pedangang-pedangang Arab telah berdagang di Nanhai (Asia Tenggara) semenjak zaman purba lagi. Abu Dalaf merupakan pengembara Arab yang membuat catatan tentang Kedah yang disebutkannya sebagai Kalah.

8. Setelah kedatangan Islam ke dunia Arab, matlamat penjelajahan telah berubah dan lebih ke arah untuk mengkaji ciptaan Tuhan dan ingin menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Ramai pendakwah Islam dari Tanah Arab telah menjelajah ke seluruh dunia demi menyebarkan syiar Islam. Syeikh Ismail merupakan salah seorang dari pendakwah yang berasal dari Tanah Arab yang tiba di Samudera Pasai bagi mengIslamkan Raja Samudera iaitu Raja Merah Silu.


1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute