NASIHAT INDAH UNTUKMU WAHAI WANITAKU

Oleh : Abu Abdurrahman As-Sahibi

Wasiat Seorang Ibu Kepada Anak Perempuannya

Anjuran Berwasiat Kepada Calon Isteri

Anas mengatakan bahawasanya para sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam jika mempersembahkan (menikahkan) anak perempuan kepada calon suaminya, mereka memerintahkan kepadanya untuk berkhidmat kepada suami dan sentiasa menjaga hak suami.

Pesan Bapa Kepada Anak Perempuannya Saat Pernikahan

Abdullah bin Ja’far bin Abu Thalib mewasiatkan anak perempuannya, seraya berkata, “Jauhilah olehmu perasaan cemburu, kerana rasa cemburu adalah kunci jatuhnya talak. Juga jauhilah dari banyak mengeluh, kerana keluh kesah akan menimbulkan kemarahan, dan hendaklah kamu memakai celak mata kerana itu adalah perhiasan yang paling indah dan wangian yang paling harum”.

Pesan Ibu Kepada Anak Perempuannya

Diriwayatkan bahawa Asma binti Kharijah Al-Farzari berpesan kepada anak perempuannya disaat pernikahannya, “Sesungguhnya engkau telah keluar dari sarang yang engkau tempati menuju hamparan yang tidak engkau ketahui, juga menuju teman yang engkau belum merasa rukun dengannya. Oleh kerana itu jadilah engkau sebagai bumi baginya, maka dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau hamparan baginya, niscaya dia akan menjadi tiang untukmu. Jadilah engkau hamba sahaya baginya, maka niscaya dia akan menjadi hamba untukmu. Janganlah engkau meremehkannya, kerana niscaya dia akan membencimu dan janganlah menjauhi darinya kerana dia akan melupakanmu. Jika dia mendekati kepadamu maka dekatkanlah dirimu, dan jika dia menjauhimu maka menjauhlah darinya. Jagalah hidungnya, pendengarannya, dan matanya. Janganlah dia mencium sesuatu darimu kecuali wangian dan janganlah dia melihatmu kecuali engkau dalam keadaan cantik. [1]

Pesan Amamah binti Harits Kepada Anak Perempuannya Saat Pernikahan.

Amamah bin Harits berpesan kepda anak perempuannya tatkala membawanya kepada calon suaminya, “Wahai anak perempuanku! Bahawasanya jika wasiat ditinggalkan kerana suatu keistimewaan atau keturunan maka aku menjauh darimu. Akan tetapi wasiat merupakan peringatan bagi orang yang mulia dan bekal bagi orang yang berakal. Wahai anak perempuanku! Jika seorang perempuan merasa cukup terhadap suami lantaran kekayaan kedua orang tuanya dan hajat kedua orang tua kepadanya, maka aku adalah orang yang paling merasa cukup dari semua itu. Akan tetapi perempuan diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk perempuan. Oleh kerana itu, wahai anak perempuanku! Jagalah sepuluh perkara ini.

Pertama dan kedua : Perlakuan dengan sifat qana’ah dan mu’asyarah melalui perhatian yang baik dan taat, kerana pada qan’aah terdapat kebahagiaan kalbu, dan pada ketaatan terdapat keredhaan Tuhan.

Ketiga dan keempat : Buatlah janji dihadapannya dan berhiaslah dihadapannya. Jangan sampai dia memandang buruk dirimu, dan jangan sampai dia mencium darimu kecuali wangian.

Kelima dan keenam : Perhatikanlah waktu makan dan tenangkanlah dia tatkala tidur, kerana panas kelaparan sangat menjengkelkan dan gangguan tidur memburukkan.

Ketujuh dan kelapan : Jagalah harta dan keluarganya. Kerana kekuasaan dalam harta ertinya pengaturan kewangan yang bagus, dan kekuasaan dalam keluarga ertinya perlakuan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh : Jangan engkau menyebarkan rahsianya, serta jangan engkau langgar peraturannya. Jika engkau menyebarluaskan rahsianya bererti engkau tidak menjaga kehormatannya. Jika engkau melanggar perintahnya bererti engkau merobek dadanya. [2]

Bahawasanya keagungan baginya yang paling besar adalah kemuliaan yang engkau persembahkan untuknya, dan kedamaian yang paling besar baginya adalah perlakuanmu yang paling baik. Ketahuilah, bahawasanya engkau tidak merasakan hal tersebut, sehingga engkau mempengaruhi keinginannya terhadap keinginanmu dan keredhaannya terhadap keredhaanmu (baik dalam hal yang engkau sukai atau yang engkau benci). Jauhilah menampakkan kebahagiaan dihadapannya jika dia sedang risau, atau menampakkan kesedihan tatkala dia sedang gembira.

Tatkala Ibnu Al-Ahwash membawa anak perempuannya kepada amirul mukminin Usman bin Affan Radhiallahu ‘anhu, dan orang tuanya telah memberinya nasihat, Usman berkata, “Dimana mana sahaja, bahawasanya engkau mengutamakan perempuan dari suku Quraisy, kerana mereka adalah perempuan yang paling pandai memakai wangian daripada engkau. Oleh kerana itu peliharalah dua perkataan : Nikahlah dan pakailah wangian dengan menggunakan air hingga wangimu seperti bau yang ditimpa air hujan.

Ummu Mu’ashirah menasihati anak perempuannya dengan nasihat seperti berikut (sungguh aku membuatkannya tersenyum bercampur sedih)

: Wahai anakku.. engkau menerima untuk menempuh hidup baru… kehidupan yang mana ibu dan bapakmu tidak mempunyai tempat di dalamnya, atau salah seorang dari saudaramu. Dalam kehidupan tersebut engkau menjadi teman bagi suamimu, yang tidak menginginkan seorangpun ikut masuk campur dalam urusanmu, bahkan juga darah dagingmu. Jadilah isteri untuknya wahai anakku, dan jadilah ibu untuknya. Kemudian jadikanlah dia merasakan bahawa engkau adalah segala-galanya dalam kehidupannya, dan segala-galanya di dunia.

Ingatlah, selalu bahawasanaya lelaki, anak-anak atau dewasa memiliki kata-kata manis yang lebih sedikit, yang dapat membahagiankannya. Janganlah engkau membuatnya berperasaan bahawa dia menikahimu menyebabkanmu merasa jauh dari keluarga dan sanak kerabatmu. Sesungguhnya perasaan ini sama dengan yang dia rasakan, kerana dia juga meninggalkan rumah orang tuanya, dan keluarganya kerana dirimu. Tetapi perbezaan diantara dia dan kamu adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan, dan perempuan selalunya rindu kepada keluarga dan tempat dia dilahirkan, berkembang besar dan menimba ilmu pengetahuan. Akan tetapi sebagai seorang isteri dia harus kembali kepada kehidupan baru. Dia harus hidupnya bersama lelaki yang menjadi suami dan pelindungnya, serta bapa dari anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru.

Wahai anakku, inilah kenyataan yang akan engkau hadapi dan inilah masa depanmu. Inilah keluargamu, dimana engkau dan suamimu bekerjasama dalam mengharungi bahtera rumah tangga. Adapun bapamu, itu dulu. Sesungguhnya aku tidak memintamu untuk melupakan bapamu, ibumu dan sanak saudaramu, kerana mereka tidak akan melupakanmu selama-lamanya wahai buah hatiku. Bagaimana mungkin seorang ibu melupakan buah hatinya. Akan tetapi aku memintamu untuk mencintai suamimu dan hidup bersamanya, dan engkau bahagialah dengan kehidupan berumah tangga bersamanya.

Seorang perempuan berwasiat kepada anak perempuannya, seraya berkata, “Wahai anakku, jangan kamu lupa dengan kebersihan badanmu, kerana kebersihan badanmu menambah kecintaan suamimu padamu. Kebersihan rumahmu dapat melapangkan dadamu, memperbaiki hubunganmu, menyinari wajahmu sehingga menjadikanmu selalu cantik, dicintai, serta dimuliakan di sisi suamimu. Selain itu disenangi keluargamu, kerabatmu, para tetamu, dan setiap orang yang melihat kebersihan badan dan rumah akan merasakan ketenteraman dan kesenangan jiwa”.

[Disalin dari buku Risalah Ilal Arusain wa Fatawa Az-Zawaz wa Muasyaratu An-Nisaa, Edisi Indonesia. Petunjuk Praktik dan Fatwa Pernikahan, Penerbit; Najla Press] 
_________
Nota Kaki : 
[1]. Ahkamu An-Nisa karangan Ibnu Al-Jauzi hal.79
[2]. Ahkamu An-Nisa karangan Ibnu Al-Jauzi hal.80

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.