ONANI BAGI PASANGAN YANG TELAH BERNIKAH

[Gambar Hiasan]
Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits
Terjemahan : Jebat

Onani Dibolehkan?

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Islam mengizinkan suami isteri untuk melakukan apa jua usaha dalam rangka mencari kepuasan di ranjang, selama mana ianya tidak melanggar perkara yang dilarang, seperti hubugan badan ketika haid dan hubungan melalui dubur.

Sepasang suami isteri dibolehkan menikmati anggota badan pasangannya sepuas dirinya, sekalipun sampai menyebabkan klimaks. Jika ini dikatakan onani, maka ini adalah onani yang halal.

Diantara dalilnya,

Firman Allah,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ( ) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُون

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;" (Al-Mukminun: 5 – 7).

Kemudian, di ayat lain, Allah berfirman,


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222).

Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah ﷺ pernah menjelasakan interaksi yang boleh dilakukan antara suami isteri ketika sedang haid,


اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ

“Lakukanlah segala sesuatu (dengan isteri kalian) kecuali nikah.” (HR. Muslim 302).

Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,


إِنَّ الْمُرَادَ بِالنِّكَاحِ الْجِمَاعُ

“Makna kata ‘nikah’ dalam hadis ini adalah hubungan intim.” (Aunul ma’bud, 1/302)

Dan inilah yang membezakan antara kaum Muslimin dengan Yahudi. Kaum Muslimin dibenarkan untuk berinteraksi dengan isterinya yang sedang haid, selain hubungan badan. Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu menceritakan berkaitan dengan ayat di atas;


أن اليهود كانوا إذا حاضت المرأة فيهم لم يؤاكلوها ولم يجامعوهن في البيوت فسأل الصحابة النبي صلى الله عليه وسلم فأنزل الله تعالى : ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض…

Sesungguhnya orang yahudi, ketika isteri mereka mengalami haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama isterinya dalam satu rumah. Para sahabatpun bertanya kepada Nabi ﷺ, kemudian Allah menurunkan ayat, yang ertinya,

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah bahwa haid itu kotoran, karena itu hindari wanita di bagian tempat keluarnya darah haid…” (HR. Muslim 302).

Onani dengan Tubuh Isteri, Itu Yang Dihalalkan

Abu Yusuf menceritakan,


سألت أبا حنيفة عن الرجل يمس فرج امرأته أو تمس هي فرجه ليتحرك عليه هل ترى بذلك بأسا؟

Saya pernah bertanya kepada guruku Imam Abu Hanifah, tentang suami yang memegang kemaluan isterinya atau isteri memegang kemaluan suaminya agar bergerak (membangkitkan syahwat), apakah menurut Anda ini bermasalah?

Jawab Imam Abu Hanifah rahimahullah,


لا إني لأرجو أن يعظم الأجر

“Tidak ada masalah, bahkan saya berharap ini akan memperbesarkan pahalanya.” (Tabyin al-Haqaiq, 16/367).

Beliau memahami, usaha suami untuk membahagiakan isterinya atau usaha si isteri untuk membahagiakan suaminya, bukan usaha sia-sia, kerana semua tercatat sebagai pahala.

Isteri Dilarang Menolak

Rasulullah ﷺ bersabda,


إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

“Apabila suami mengajak isterinya untuk berhubungan, lalu isteri menolak dan suami marah kepadanya maka dia dilaknat oleh para malaikat sampai subuh.” (HR. Bukhari 3237 dan Muslim 1436).

Berdasarkan hadis ini, ulama melarang keras para wanita yang menolak ajakan suaminya dalam batas yang dibolehkan syariat.

Imam Zakariya al-Anshari – seorang ulama mazhab Syafii – mengatakan,


ويحرم عليها أي على زوجته أو جاريته  منعه من استمتاع جائز بها تحريما مغلظا لمنعها حقه مع تضرر بدنه بذلك

Dilarang keras bagi isteri untuk menolak ajakan suami untuk bercumbu dengannya dalam batas yang dibolehkan. Kerana wanita ini menolak hak suami, sementara itu membahayakan badan suami. (Asnal Mathalib, 15/230)

Allahu a’lam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ini pun "kes banjir" niiih.. he..he..

    Yang halal itu terlalu banyak dan di berikan nikmat. Yang di haramkan itu boleh di bilang jari ! Itu lah kebesaran Allah SWT dalam setiap makna tafsiran Asmaulhusna Nya.

    Sebahagian nya nyata suka sangat dengan yang haram... jelas kita tahu siapa-siapa mereka...

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.