ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 19 January 2015

LUAHAN HATI SEORANG DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN

Oleh : Dr. Abdul Rahman Kadir [FB:facebook.com/rahman.kadir.3]

Kita biasa mendengar, hospital kerajaan tidak bagus. Ramai saudara mara kita yang masuk hospital kerajaan meninggal dunia atau mempunyai pengalaman yang buruk.

Hakikatnya benarkah begitu?

Dari perspekstif hospital swasta, mereka amat mementingkan imej dan statistik. Kita tak salahkan mereka kerana mereka menjalankan perniagaan.

Kalau ramai mati di hospital depa, nampak hospital mereka tak bagus. Malah jika ada 2 orang pakar jantung misalannya di sesebuah hospital, pesakit-pesakit akan membandingkan senarai kejayaan dan nyawa yang diselamatkan antara 2 doktor tersebut. Yang lebih 'selamat' dan berjaya akan dipilih.

Bagaimana hendak menjaga imej ini? Acapkali kami perhatikan dan kami alami sendiri, kes-kes yang simple dan straight forward amat mudah diterima untuk dirawat. Jika kes itu complicated atau mempunyai harapan tipis untuk hidup, kes akan dirujuk ke hospital kerajaan atas alasan kos rawatan tidak mampu ditanggung pesakit. Ada juga kes yang mana rawatan diberi di hospital swasta namun pesakit semakin tenat dan setelah itu ditransfer ke hospital kerajaan atas alasan pesakit tidak mampu lagi membayar kos rawatan.

Apabila pesakit akhirnya tiba di hospital kerajaan, keadaan pesakit terlalu kritikal dan terminal sakitnya. Apa yang hospital kerajaan mampu buat pada peringkat itu?

Maka kita akan dengar la, masyarakat sebut,"Elok je arwah tu duduk 30 hari kt hospital swasta.....1 hari je pi hospital kerajaan daahhh mati. Hospital kerajaan ni teruk".

Huhuhu.

Belum lagi masuk bab kes melibatkan medico-legal atau kemungkinan menjadi kes mahkamah. Hampir mustahil bagi hospital swasta menerimanya kerana kes-kes mahkamah memakan masa yang sangat panjang dan leceh. Setiap masa yang terbazir bermaksud kehilangan pelanggan di hospital swasta bagi doktor yg merawat pesakit tersebut.

In a way kami suka juga pandangan dan persepsi negatif ke atas hospital kerajaan sebagai tak bagus dan sebagainya. Kurang lah sikit pesakit yg mai hospital gomen. Keh333!

Bagi sesiapa yg mampu, silalah ke hospital swasta yang jauh lebih hebat, cantik dan moden. 

Bagi rakyat yg tidak mampu, jgnlah bersedih, Kami Sedia Membantu.

Komen Pena Minang : Kalau korang nak tau...Misi-misi (Jururawat) kat hospital kerajaan jauh lebih cun dari misi-misi hospital swasta. Yelah... Yang swasta selalunya nak misi-misi yang ada pengalaman. Jadi kebanyakkan misi-misi ni adalah misi-misi yang dah berusia. Tapi di hospital kerajaan, kebanyakkannya adalah yang muda-muda kerana baru menjalani atau sedang dalam latihan kejururawatan. Jadi, bayangkanlah 'muka suci bersih' misi-misi berkenaan. Dah la muda... aggun plak tu. Rasa sakit bleh hilang tau....lebih-lebih lagi waktu nak buat dressing dan tukar cadar. Tu tak termasuk lagi doktor-doktor dalam latihan.... Kah3

7 comments:

  1. ...dan kena tahu juga, kebanyakan doktor-doktor yang kerja di hospital swasta tu juga adalah doktor yang bertugas di hospital kerajaan. mereka 'part-time' sebab ada keperluan di pihak hospital swasta dan memang dibenarkan. untuk lebih mudah dapat maklumat dan tak perlu ke hospital swasta yang besar-besar (susah nak dapat maklumat, sebab banyak protokol bagai), pergi je ke klinik swasta. muka doktor yang merawat kita tu ada di hospital kerajaan pada masa lain. cuma tuan punya klinik tu sahaja doktor tetap di situ.

    ReplyDelete
  2. xbagus la doc kerajaan...kwn aku sakit smpai skg doc2 kerajaan tak tau ape penyakit dia...dh lebih 10kali rase nye ulang alik ke GH....lepas tu check ala kadar je....

    ReplyDelete
  3. Doktor ni bila lama sikit kerja k'jaan keluar join swasta. Yg tinggal yg baru baru je. Doktor yg baru keluar U, belajar ngan doktor doktor yg tak berapa senior ni la jugak. Kita yg sakit biasa biasa ni nak jumpa doktor senior senior kat hosp k'jaan ni susah.
    Aku sokong la, sape sape yg ada duit tu, ada insuran tu, gi la hosp swasta, kurang sikit sesak hosp k'jaan, kurang sikit beban kerja kat hosp k'jaan.

    ReplyDelete
  4. kepada anon 13:38

    bengap lah kau, doktor di spital swasta dah pun tahu(buat diagnostic) penyakit yang dihidapi pesakit tu bila sampai spital kerajaan...takkan bayar mahal-mahal spital swasta tak dapat diagnos penyakit yang dihidapi pesakit tu

    ikhtiar mengubati penyakit ni semuanya atas izin Allah sama ada ia boleh sembuh atau tidak walau di hospital swasta,, kerajaan atau berubat secara tradisional(bukan yg kurafat)

    ReplyDelete
  5. aku sgt membenci spital swastika, swasta daa. cekik darah. ramai doc gomen yg dedicated debenarnya. try hospital sg buloh. tahap professionalism para docs disitu tinggi
    tetapi hosp slayang mengecewakan. pernah seorang doc enggan mengambil tekanan darah aku walau pun masa tu aku rasa bp aku sgt tinggi. mumkin sebab aku dah tua & pakai selipar jepun. kemudian pada bln julai 2012 aku buat kidney ultrasound. 2 thn kmudian baru aku dberitau kidney aku rosak. setiap kali appointment aku tanya tentang keputusan scan tu. semua kata ok. appointment yg ke5 baru satu doc kata kidney aku dah x elok sedangkan keputusan ada dlm komputer. scroll je mouse tu. bkn susah pun. dok yg ke5 tu pun jahil. bila aku tanya apa masaalah kidney aku dia xleh jwb. dia cuma blh ckp kidney awak dah rosak.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute