Oleh : Jebat
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia boleh dikatakan sebagai satu organisasi yang sering menjadi mangsa kritikan dari parti-parti politik tertentu di Malaysia.
Pada PRU13 misalnya, SPR telah dituduh tidak telus, mensabotaj, menipu dan pelbagai lagi dari pihak-pihak berkepentingan.
Pihak-pihak berkenaan telah merancang menjatuhkan kredibiliti SPR selaku badan yang diberi tanggungjawab mentadbir dan melaksanakan proses pilihanraya di Malaysia.
Bermula sebelum PRU13, kita menyaksikan hampir setiap hari, ada sahaja fitnah-fitnah direka oleh pihak tertentu agar SPR dipandang serong peranannya oleh rakyat. Fitnah seperti pengundi hantu, pindah nama pengundi, pendaftaran pemilih bertindih, pemilih meragukan dan pelbagai lagi.
Tatkala beberapa hari menjelang PRU13 juga kita dapat melihat tuduhan seperti 40 Ribu Bangla dicanang semahu-mahunya demi mendapat simpati pengundi.
Malah selepas berakhirnya PRU13, pihak-pihak berkenaan melakukan siri jelajah #BlackOut404 (baca BerukOut404) seluruh Malaysia, mempropagandakan bahawa mereka 'memenangi' pilihanraya berkenaan dengan undi popular. Dan sekali lagi SPR dijadikan kambing hitam disebalik kekalahan kerusi yang ditandingi dalam pilihanraya tersebut.
Natijahnya, walaupun mereka-mereka ini sering mengkritik SPR dan tidak mengiktiraf keputusan PRU13. Namun ketika hari Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia pada 5 Mei 2013, muka-muka yang mengkritik dan memfitnah SPR ini jugaklah yang beria-ia masuk ke dalam Dewan Parlimen sambil mengangkat sumpah dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Namun yang pelik disini, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah oleh pihak-pihak tersebut, SPR dilihat kaku dan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada pihak berkenaan. Sedangkan fitnah-fitnah yang dilemparkan tersebut, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti SPR.
SPR seharusnya lebih tegas dalam menangani isu ini. Bukan sekadar melayani komentar atau kritikan yang dilemparkan kepada organisasi ini, sebaliknya perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh dan berasas. Malah jarang sekali kita mendengar SPR menyaman pihak-pihak tersebut, walaupun secara terang-terangan dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu adalah satu fitnah. Oleh itu suka penulis mencadangkan kepada SPR, gunakanlah segala ruang undang-undang yang ada untuk memastikan organisasi ini terus dihormati kredibilitinya.
Tetapi inilah nasib SPR. Dipuji ketika memenangi. Dimaki ketika dikalahi.
Semoga seluruh anggota SPR terus tabah dan berintegriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.