ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 10 August 2015

BANK PATUH SYARIAH PUN SEMBELIH PENGGUNA

Oleh : AJ

Aku just nak luahkan rasa kepelikkan aku kepada sistem bank la.

Ceritanya macam ni. Kad bank aku rosak. Aku tak tau apa sebab rosak, sedangkan kad berkenaan masih dalam keadaan elok, cips masih cantik, senang cerita 'perfect' lagilah.

Lepas tu aku try la nak keluarkan duit kat mesin ATM. Tiba-tiba paparan di skrin tertulis "kad tidak sah" - lebih kurang macam tu lah. Untuk makluman korang, mesin ATM yang aku gunakan ni, jenis generasi baru punyalah.

Aku try kad aku kat mesin ATM sebelah yang generasi lama. Eh boleh pulak.

Pendek cerita aku hanya boleh keluarkan duit aku kat mesin ATM di satu lokasi sahaja. Tentu sekali benda ni akan menyusahkan aku.

Jadi masalah ni aku adukan pada pihak bank. Lepas dia semak, dia kata kad aku rosak. Aku pun jadi pelik lah. Aku tanya, macam mana kata rosak kalau mesin ATM lama boleh terima, tapi mesin ATM baru tolak. Argumentasi pada pegawai khidmat pelanggan bank berkenaan, sistem mesin ATM baru yang gagal baca cip kad aku.

Pegawai yang berhadapan dengan kes aku ni tak mampu menjawab melainkan mencadangkan aku menukar kad. Malas nak fikir panjang, aku pun bersetujulah kad aku ditukar.

Lebih benggang lagi, dah la aku dipaksa tukar kad baru, duit aku kena potong RM 15 plak lagi. Alasan sebab nak dapatkan kad baru. Aik... Bukan salah aku, tapi aku kena bayar?. Tak cukup lagi ke yuran tahunan ATM yang dorang dah potong siap-siap tu? Bukan aku tiap-tiap hari tukar Kad ATM.

Dan just nak bagitau korang.... Bank yang aku maksudkan ini bank patuh syariah tau...

Kah3

10 comments:

  1. yang patuh syariah atas kertas aje....sebenarnya MELANUN sepanjang tahun....kalau nak cerita sepanjang hayat tak habis.....pasal tu bank cina semua ada perbankan islam....mudah cerita, kalau talak untung arr, cina talak masuk itu bisnis punya....bertopengkan islam untuk kepentingan duniawi.

    ReplyDelete
  2. Kalau x Nak kena charge jangan pakai kadw

    ReplyDelete
  3. Kalau x Nak kena charge jangan pakai kadw

    ReplyDelete
  4. Kalau x Nak kena charge jangan pakai kadw

    ReplyDelete
  5. RM 15.00 pun nak berkira ka ??

    ReplyDelete
  6. Bkn berkira ...tp x adil ....
    Bkn salah user ....salah sistemm bank itu sendiri ......

    Korang kaya x pe laaa .....
    Tp masuk kubur .....samaa jeee darjat ....

    ReplyDelete
  7. Patuh syariah... byk product bank patuh shariah pun pegawai pegawai yg handle product ni pun bukannya muslim, so memaksimakan keuntungan , dalam Islam mana boleh keuntungan berlipat kali ganda... bab bab ni ni depa buat bodoh...

    ReplyDelete
  8. Patuh syariah... byk product bank patuh shariah pun pegawai pegawai yg handle product ni pun bukannya muslim, so memaksimakan keuntungan , dalam Islam mana boleh keuntungan berlipat kali ganda... bab bab ni ni depa buat bodoh...

    ReplyDelete
  9. Patuh syariah... byk product bank patuh shariah pun pegawai pegawai yg handle product ni pun bukannya muslim, so memaksimakan keuntungan , dalam Islam mana boleh keuntungan berlipat kali ganda... bab bab ni ni depa buat bodoh...

    ReplyDelete
  10. elok tajuk ni. akupun dah lama berbulu dengan satu bank ni, patuh syariah sangat la konon. malas nak sorok2 nama bank ni, nama bank ni ialah BANK ISLAM! kalau bank konvensional, urusan di kaunter mana ada charge dikenakan. tetapi bank yang di atas tu, kita nak transfer duit dari satu akaun ke akaun lain (bank yang sama) siap dicharge rm0.60. itu untuk satu slip. kalau 2, 3, 4.....sampai berjuta oleh pengguna? senang2 je bank yang gunakan nama agama ni dpt untung mudah. tak payah labur bagai. pihak pengurusan bank sebenarnya memang jenis tak tahu malu atau memang jenis tak malu. betapa indahnya Islam di mata masyarakat bukan islam, tetapi keindahan Islam itu dicemari oleh taktik tak senonoh oleh pihak perbankan yang kononnya islamik, tetapi sembelih pelanggan. perbankan syariah sebenarnya untuk mengelak kezaliman dan keuntungan tidak patut kepada bank, tapi bank islam? sendiri mau ingat....

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute