POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

BILA "RAKYAT" MALAYSIA MEMUJI SINGAPURA

Oleh : Jebat

9 Ogos setiap tahun merupakan hari yang pasti diingati oleh setiap warganegaranya. Ini kerana pada hari tersebutlah Singapura disingkirkan dari Persekutuan Malaysia. Dan pada tahun ini, genaplah 50 tahun negara berkenaan dikeluarkan dari Malaysia.

Kemasukan Singapura kedalam Persekutuan Malaysia bukanlah sesuatu yang digemarkan oleh pemimpin Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah antara individu yang tidak gemar negara pulau berkenaan untuk masuk ke dalam Persekutuan Malaysia. Ada beberapa sebab yang aku tak nak huraikan dalam tulisan kali ini. Sebaliknya aku mencadangkan kepada sesiapa yang nakkan maklumat lanjut, carilah buku tulisan Dato' Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, yang berjudul "Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia" terbitan Persatuan Sejarah Malaysia. Di dalam buku berkenaan anda akan berjumpa kepada jawapan sebenar.

Apa yang aku nak utarakan disini adalah sikap segelintir rakyat Malaysia yang nampaknya tidak mahu bersyukur dengan apa yang diberikan kepadanya. Sebagai contoh adalah individu dibawah ini.

Dalam komentarnya di laman sosial, beliau menyatakan;




"Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang Agong dimana beliau telah berfikir pada tahun 1965, tak kira bangsa, satu Singapura. Sebab itu rakyatnya bersatu untuk majukan negaranya di mata dunia,tetapi di Malaysia semuanya di sebalik kulit kerang. Pemimpin kita dari dahulu sampai hari ini sakit matanya melihat rakyatnya bersatu, adanya selalu keluarkan isu sentitif untuk rakyatnya tidak bersatu. Pemimpin malaysia hanya buat kekayaan dan membazirkan wang rakyat.sebab rakyat tak boleh bersuara.akan ditangkap dengan menggunakan segala akta yang direka. Sumber asli kekayaan negara sudah cukup untuk di kongsikan dengan rakyat tetapi dimanakah semua itu???Rakyatnya disusahkan dengan birokrasi dipejabat kerajaan ,cukai pendapatan,lain-lain cukai, tol,kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang,yang terbaru GST, Apakah pemimpin malaysia tak tahu atau buat tak tahu.??? Memang fakta, Malaysia adalah sebuat negara yang kaya-raya di rantau asia dengan segala sumber aslinya yang di anugerakan oleh Tuhan. Tapi apa sudah terjadi.???????"

Membaca komen yang tidak berlandaskan fakta dan emosi tersebut, kami menjawab semula tuduhan beliau sukarela (dengan sedikit penambahan) ;

"Untuk makluman anda, sekiranya anda bersuara mengkritik pemerintah Singapura, anda akan dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Selain itu Singapura telah memperkenalkan GST pada 1 April 1994. GST di Singapura kini adalah 7%

Untuk makluman anda juga, TIDAK ADA SEBARANG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL atau CINA yang dananya dari KERAJAAN beroperasi disana. Selain itu Singapura tidak mempunyai Subsidi bahan api sebaliknya menggunakan sistem pengiraan jualan mengikut pasaran Semasa.

Selain itu juga harga barangan di Singapura juga amat tinggi berbanding beberapa buah negara lain di Asia Tenggara. Malah menjadi Top 10 'The Most Expensive City in The World.' Rujuk : http://www.bbc.com/news/business-33160738 & video dibawah ini





Saya juga suka mengingatkan saudara bahawasanya negara kita mempunyai sistem subsidi kesihatan. Misalnya Hospital. Untuk rawatan biasa (pesakit luar) anda hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan (kos termasuk konsultasi dengan doktor + ubat). Dan untuk pakar adalah RM 5. Sekiranya anda miskin, dan dimasukkan kedalam Hospital, anda tak ada duit hendak membayar kos perubatan dan wad, maka bil anda akan diserap oleh Kerajaan sejurus anda membuat permohonan kepada badan kebajikan hospital. Ini tidak termasuk subsidi tong gas memasak yang digunakan untuk anda memasak nasi dan kari, subsidi air, subsidi minyak masak, subsidi pendidikan (buku teks anak anda dibekalkan secara percuma) dan pelbagai lagi jenis subsidi yang anda boleh google sendiri. Dimanakah wang untuk memberikan subsidi ini sekiranya ianya tidak datang dari sumber-sumber asli seperti sumbangan Petronas kepada kerajaan untuk digunakan bagi program pembanggunan.

Sekurang-kurangnya negara yang anda duduki itu sudah memberikan hak kerakyatan kepada anda. Apa akan terjadi sekiranya anda di Brunei ataupun di Indonesia atau di Thailand? Adakah anda fikir anda akan merasa nikmat menggunakan nama sendiri? Mempunyai sistem sekolah sendiri? Malah hak anda untuk mengamalkan budaya anda diperakui?

Sesiapa boleh 'mendakwa' mereka tidak bersifat perkauman. Namun jika diselidik bersandarkan kepada aspek sosiologi, anda akan lihat wujud sifat-sifat perkauman pada Singapura.

Dan pada kami ianya tidak ada masalah kerana ianya adalah sifat semulajadi manusia. Setiap bangsa pastinya akan cenderung mempertahankan nilai bangsa.

Cadangan kami, sekiranya anda berasa terseksa tinggal di negara yang anda tinggal kini, anda boleh berpindah ke negara Singapura yang anda rasakan sama rata atau pergi kemana sahaja negara yang anda rasakan sama rata. Malaysia mungkin tidak menawarkan hak sama-rata kepada anda, kerana Malaysia mengamalkan sikap adil dalam memberikan hak. Cuma kami suka memperingatkan persoalan sejarah kepada anda, fikirkan semula, mengapa dan kenapa nenek moyang anda berpindah dari tanah asal mereka ke wilayah Alam Melayu ini? Apa yang mereka cari? Kenapa mereka keluar dari tanah asal mereka?

#SejarahMengajarKita "

Itu adalah sebahagian kecil dari apa yang aku nak percakapkan. Banyak lagi sebenarnya, namun buat masa ni, cukuplah. Dan untuk mengetahui nasib bangsa Melayu di Singapura sebenar-benarnya, download buku tulisan Dr. Lily Zubaidah yang berjudul 'Dilema Singapura : Peminggiran Politik & Pelajaran Masyarakat Melayu.'


Kepada Warga Singapura, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara anda dari Malaysia. Kami di negara yang memerdekakan negara anda, amat gembira dengan kejayaan negara anda. Semoga negara anda kekal maju. Majulah Singapura!

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.