ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 1 August 2013

BILA 'DOKTOR PERUBATAN' PRO-LIBERAL NEO KHAWARIJ MENGELUARKAN FATWA MENGAGUMI SYIAH

Oleh : Jebat

Membaca pandangan yang dilemparkan oleh Pengasas Jaringan Islam Liberal Malaysia atau nama komersialnya Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa di portal Free Malaysia Today,  membuatkan penulis tertanya-tanya apakah doktor pembedahan ini seorang ISLAM yang sudah teracun fikirannya dengan agenda Yahudi yang cuba merosakkan kesempurnaan Islam?

Antara pandangan dangkalnya berbunyi

"Islam bukan bersifat monolistik. Agama ini menerima kepelbagaian pandangan. Tambahan pula taifah Syiah wujud bersama taifah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) sejak abad ketujuh lagi,"

"ijtihad yang diamalkan oleh Syiah jauh lebih maju berbanding dengan Sunni. Contohnya, di Iran, pembedahan menukar jantina dibenarkan sekiranya seseorang individu tersebut mendapatkan pengesahan doktor dan ahli psikologi."

Ternyata kenyataan beliau ini sekaligus cuba menegakkan benang yang basah. Mungkin si Doktor ini terlupa bahawa masalah antara Sunni dan Syiah adalah berpunca dari asas agama Islam yakni Aqidah! Bukannya dalam soal fiqh atau yang lainnya.

Secara tidak lansung, Dr. Ahmad Farouk seperti cuba menafikan fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama-Ulama mukhtabar dan ahli dalam soal aqidah yang menyatakan tidak ada Taqrib (Penyatuan) dengan Syiah.

Fikirlah secara logik wahai pembaca sekalian, sekiranya para ULAMA TERDAHULU yang arif lagi alim dalam ilmunya sendiri mengakui bahawa Syiah bukan sebahagian daripada Islam, malah ada yang mengkafirkan kelompok ini, apakah kita, manusia yang akhir zaman ini mampu mencari jalan penyelesaian kepada konflik aqidah ini?

Berikut disenaraikan beberapa fatwa dari ulama Mukhtabar mengenai Syiah : 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute