DAP dilaporkan FMT telah menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan Disember tahun lalu dan mengarahkan parti itu agar mengadakan pemilihan CEC yang baharu.
Di dalam surat satu perenggan bertarikh semalam, ROS mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan dengan kesilapan mengira dalam pemilihan parti itu Disember lepas, dan mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baharu mengikut perlembagaan parti itu.
“Surat itu diterima pada 4.48 petang semalam..ROS hanya menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, tanpa menyatakan alasan-alasan dan sebab-sebabnya,” kata Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.
Guan Eng turut menuduh ROS tidak profesional, penyalahgunaan kuasa untuk melakukan ketidakadilan terhadap DAP.
“Di manakah keadilan jika organisasi atau individu dikutuk atau dihukum tanpa diberitahu sebab-sebab dan apakah fakta-fakta terhadapnya?,” katanya.
Keputusan ROS semalam yang memutuskan bahawa pemilihan lalu tidak sah membawa maksud bahawa CEC parti itu berfungsi secara haram selama ini dan ia menimbulkan beberapa persoalan tentang kesahihan DAP dalam menyertai PRU 13 baru-baru ini.
Ini kerana borang pencalonan untuk PRU ditandatangani oleh Guan Eng selaku pemimpin tertinggi parti yang dilantik pada pemilihan parti yang kini sudah dibatalkan oleh ROS.
DAP risau dengan perkembangan terkini dan akan mengambil langkah segera selepas mengadakan mesyuarat pada malam ini.
Antarapos turut melaporkan kenyataan Guan Eng yang menuduh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang di sebalik keputusan itu, namun beliau tidak memberikan bukti kukuh terhadap pertuduhan itu.
Beliau berkata ROS sepatutnya menerima segala alasan yang diberikan oleh DAP berhubung tindakan parti meminda keputusan pemilihan parti kerana kononnya kesilapan dalam pengiraan undi.
“Ini bermakna DAP menjadi mangsa politik serta salah guna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal kerana tidak ada sebab dan alasan diberikan ROS,”katanya.
Guan Eng mendakwa pemilihan parti Disember tahun lalu dijalankan dengan “baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang.”
Pemilihan itu mencetuskan kontroversi apabila Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil Khir Johari kalah dalam saingan untuk kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat.
Namun tidak lama selepas itu, pada 3 Januari, roketkini.com melaporkan kenyataan daripada pegawai pemilihan CEC DAP, Pooi Weng Keong yang berkata berlaku ‘kesilapan teknikal’ sewaktu pembentangan keputusan pemilihan parti semasa Kongres ke-16.
Kesilapan tersebut katanya berpunca daripada kecuaian ketika memindahkan kiraan keputusan menggunakan program komputer Microsoft Excel.
Menurut Pooi, berlaku kesilapan teknikal pada kedudukan nombor pemilih di mana Wu Him Ven (Vincent) yang pada mulanya diisytiharkan sebagai pememang dibatalkan kemenangannya dengan mengisytiharkan pemenang baharu, Zairil Khir Johari yang sebelum ini diumumkan sebagai tewas.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.