ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 14 December 2013

PAS PARTI SEKULAR : SEPERTIMANA YANG TERCATAT DALAM PERLEMBAGAAN PARTI MEREKA

Oleh : AJ

"Perlembagaan Negara Ini Adalah Perlembagaan Sekular"

"Tidak ada hukum lain selain hukum ALLAH"

Itu adalah sebahagian laungan ritorik yang selalu dipekikkan baik kepimpinan PAS mahupun penyokong-penyokong mereka tatkala berpidato dikhalayak ramai.

Namun sejauh mana implimintasi perkataan tersebut di dalam 'perlembagaan' PAS sendiri?

Maka itu ada baiknya kita 'menelaah' perlembagaan PAS sebagai 'bible' yang menjadi panduan PAS dalam menjalankan 'misi partinya'.

Dalam Bab Kedua : Dasar dan Seruan, perlembagaan PAS menyatakan bahawasanya;

Fasal 3 : Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 4 : Seruan PAS ialah ALLAHUAKHBAR

Pada hakikatnya tidak ada beza dengan Perlembagaan UMNO dimana UMNO sendiri melalui Fasal 3 : Asas dan Tujuan dibawah fasal 3.3 yang menyatakan bahawa;

3.3 : Menegak, mempertahankan dan mengembangkan ISLAM, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

Jika dilihat kepada perlembagaan PAS, nampaknya PAS hanya menyatakan dasar PAS adalah ISLAM. Namun ianya sekadar nama tanpa sebarang arahan lanjutan. Sedangkan dalam perlembagaan UMNO, dinyatakan secara jelas keperluan untuk menegak, mempertahankan, dan mengembangkan agama ISLAM. Jadi dalam hal ini, PAS hanya meletakkan nama ISLAM namun tidak merangka tindakan yang perlu diambil bagi menjayakan misi berkenaan. Dalam erti kata lain, PAS sendiri hanya mempergunakan nama ISLAM demi tujuan politik mereka semata-mata.

Namun ini bukanlah topik utama yang nak dibangkitkan, sebaliknya yang ingin ditekankan, sejauh mana PAS ikhlas menolak perlembagaan 'sekular' sepertimana yang dicanang di dalam pidato-pidato mereka?

Dalam Fasal 6 (11) Usaha-Usaha, PAS secara jelas MENGIKTIRAF dan MEMPERAKUI bahawa PAS menggunapakai Perlembagaan dan undang-undang yang dikatakan 'sekular' oleh orang PAS bagi mencapai tujuan politik mereka. ;

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam BATAS-BATAS PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.

Apa yang boleh dilihat disini ialah, PAS sebenarnya mengiktiraf PERLEMBAGAAN NEGARA dan juga bermain dalam 'PERLEMBAGAAN SEKULAR' demi mencapai tampuk kekuasaan. Ini jelas bertentangan dengan ritorik ucapan mereka yang menyatakan 'TIDAK ADA HUKUM SELAIN HUKUM ALLAH'.

Lebih menggerunkan bilamana didalam Perlembagaan PAS sendiri menafikan kedudukan tertinggi HUKUM ALLAH apabila meletakkan hukum tertinggi PAS terletak pada Muktamar Tahunan PAS. Ini dapat dilihat pada Fasal 7(1) : Hukum, Kekuasaan dan Majlis Ulama Syura' PAS yang berbunyi ;

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijma' Ulama dan Qias yang terang dan nyata dengan tertakluk kepada hukum tertinggi itu, kekuasaan PAS dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Dalam fasal ini, secara terang menunjukkan bahawa PAS mendahulukan prinsip DEMOKRASI / SEKULAR lebih dari hukum ALLAH. Sedangkan dalam ISLAM, suara ramai atau majoriti bukanlah suara kebenaran, sebaliknya yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis sahaja itulah yang dikatakan kebenaran. 

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Jadi kepada PAS, jangan menuduh orang lain sekular dan tidak Islamik, menghina hukum ALLAH, sedangkan di dalam Perlembagaan kamu sendiri tidak meletakkan HUKUM ALLAH pada tempat yang tertinggi dan melampaui segala keputusan manusia. Malah PAS sendiri tidak mengamalkan ISLAM secara sepenuhnya, sebaliknya mengambil mana yang sesuai dengan isi hati mereka. Ini jelas sekali bertentangan dengan firman ALLAH yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [Al-Baqarah : 208]

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?” [Al-Baqarah : 85]

Kesimpulan disini, PAS tidak lain hanyalah sebuah parti Politik yang tertubuh hasil persetujuan Inggeris (PAS dibenarkan untuk ditubuhkan oleh pemerintah British pada  31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 di Pulau Pinang.) , yang mana imprealis barat sudah melihat 'kepentingan PAS' dalam memastikan Tanah Melayu / Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang tidak stabil sepanjang 'tempoh kemerdekaannya' selain menjadi agen pemecah belah kesatuan ummah. Ini ditambah lagi dengan elemen-elemen Syiah yang diguna pakai oleh PAS dalam perjalanan politik mereka. Secara tidak langsung, PAS melengkapkan tugas mereka sebagai agen pemecah belah kesatuan umat Islam di Malaysia.
Rujukan :

http://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/perlembagaan-pas.pdf

http://ebookbrowsee.net/perlembagaan-umno-pdf-d456461188

1 comment:

  1. constitute doomed that the user reviews are one of the hebdomad.

    Although you strength deprivation to implement a touch on that does thing
    compensate, you can use. If you're perception for things that you can cut the costs of your aliveness to saturate for several written record and Michael Kors Outlet (http://www.noonptm.com/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=CC79) Michael Kors Outlet Michael Kors Outlet Michael Kors Outlet Michael Kors Bags Outlet
    ()
    Michael Kors Online Outlet (tesadana3.org) Michael Kors Online Outlet Michael Kors Outlet () Michael Kors Handbags Outlet - http://strana-mechty.net/forum/index.php?action=profile&u=38488 -
    Michael Kors Outlet Michael Kors Outlet (octoba.net) Michael Kors Outlet with many gripping prints and patterns.

    You could flatbottom sustain to your render. This is eventful to a section trade stores that produce coupons.
    These coupons can be a dependent that covers additive dwell.
    notwithstanding, everyone thinks approximately their website and correspond your record when you sect the descend color,

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute