HADI AWANG KANTOI MAIN...


Oleh : AJ

Main apa yang korang fikir haa??? Aku citer bab Main Wayang!!!! Tak ada kaitan dengan permainan dam aji ataupun congkak!!!! Aku nak bagi tahu korang yang Hadi Awang dah kantoi main wayang pasal Syiah. Sebelum korang teruskan pembacaan, aku nasihatkan korang dengar ucapan Hadi Awang dalam video kat atas. Dah dengar??? Baik, sekarang meh kita tengok apa pula kenyataan yang beliau dalam Harakah bertarikh 22 Rabiul Akhir 1417 Hijrah.


Amacam?? Contradic habis kan??? Dulu cakap lain. Hari ni cakap lain? Kenapa jadi camtu? Mudah sahaja..... Sebab diorang ni semua Spesis Kaki Pusing, Kaki Temberang, Kaki Auta. Korang ingat tak amanat Haji Hadi pada 7 April 1981 yang menyatakan PAS menentang UMNO kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang penjajah....Tak percaya??? Ni audio ucapan Hadi Awang di Banggol Paradong, Manir;


Amacam??? Hebat bukan amanat beliau. Nampak sungguh dia tak suka dengan perlembagaan negara kita yang pada hematnya berlandaskan undang-undang penjajah. Tapi peliklah pula, pada tahun ini 2012, perlembagaan yang ditentang beliau sejak tahun 1981 ini pulak nak dipertahankan oleh PAS. Tak percaya?? Video ada kat bawah ni


Pelikkan??? Hari tu bukan main bersemangat, kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Sekarang kaedah yang digunapakai oleh UMNO, mereka sendiri pakai untuk bekerjasama dengan DAP....cuma bila wartawan tanya sikit, mereka tukar nama, letak perkataan arab : Tahaluf Siyasi. 

Kemudian khabar dekat seantero negara kononnya nak buat negara ISLAM, sebab pemimpin UMNO tak faham ISLAM. Lepas tu bila kena ketuk dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, mencirit tukar ke negara berkebajikan. Lagi menarik Hadi Awang siap mengaku bahawa Negara Islam tak ada dalam Al-Quran. Bertambah tambah pelik lagi bilamana ADUN PAS dari PERAK merangkap MANTAN MENTERI BESAR PERAK sendiri, NIZAR boleh kata NEGARA ISLAM tak ada dalam transkrip PAS....Tak percaya?? Video ada kat bawah;


Lepas tu bawak isu Hudud. Nik Aziz (MB Kelantan) dan macai-macai pakatan siap tuduh kerajaan pusat era Mahathir halang Hudud di Kelantan. Tapi sekarang dah zaman Najib Razak, tak ada pun cerita nak laksanakan hudud. Sampai Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad tegur kerajaan negeri kerana melambat-lambatkan perlaksanaan hukum yang telah diluluskan di dewan undangan negeri kelantan berpuluh tahun yang lalu.




Diorang bukan main hebat lagi tuduh UMNO tak mahu laksanakan hudud...tapi apa pemimpin mereka sendiri cakap macam mana pulak??? Baik Ketua dalam PAKATAN PEMBANGKANG, ANWAR IBRAHIM hatta HADI AWANG, masing-masing berdolak dalih nak laksanakan Hudud. Lagi menarik, nak buat hudud kena mintak kebenaran DAP. DAP tu siapa??? SULTAN ke???? Tapi benda ni bukanlah fokus utama yang aku nak sentuh. Fokus utama aku sekarang untuk membuktikan demi KUASA dan DEMI PUTRAJAYA, PAS bukan sahaja sanggup mengadaikan prinsip perjuangan, malah mengadaikan AQIDAH. 

Syiah ni bukan ahli sunnah. Syiah ni agama baru terbitan Abdullah Bin Saba', Yahudi yang berpura-pura masuk ISLAM untuk melemahkan Islam dari dalam. Bermula dengan melemparkan fitnah terhadap Umar sehingga terbunuh Khalifah Umar Al-Khattab, Abdullah bin Saba' mencipta agama baru dinamakan SYIAH lalu disandarkan kepada Kekhalifahan Ali R.A. Sedangkan Ali R.A berlepas diri daripada kumpulan ini.

Modus operandi SYIAH mudah. Melemahkan ISLAM dengan mula mengkafirkan sumber-sumber ISLAM itu sediri. Syiah mengkafirkan kesemua sahabat Nabi kecuali beberapa orang sahabat nabi antaranya Ali R.A. Malah Syiah memanggil LAKNATULLAH setiap kali nama Abu Bakr, Umar dan Usman disebutkan dihadapan mereka. Hatta Aisyah R.A, isteri nabi, zuriat sahabat nabi yang paling rapat, Abu Bakr, dituduh sebagai pelacur!!!

Kalau kesemua SUMBER UTAMA ini dikafirkan Syiah, jadi aku nak tanya, sumber mana lagi kita nak ambil perkataan ALLAH dan Rasulnya? Ulama Syiah??? 

Benda ni aku nak bawak korang berfikir. Jika kumpulan ini mudah mengkafirkan Abu Bakr, Umar dan Usman serta mencerca isteri nabi ini boleh dipelawa dan diterima masuk bersama-sama dalam PAS, dimana sikap agresif PAS yang selama ini terkenal dengan menentang sesiapa sahaja yang menghina Nabi S.A.W???
 
 
 
 

Mahathir yang salah cakap (Disebabkan dia tak faham agama) boleh diherdik, dihentam, dibantai di dada-dada akhbar dan blog pro pembangkang, kenapa dengan kumpulan yang dah terang-terang AKTIF mengkafirkan sahabat ini masih boleh diterima sebagai KAWAN KARIB????

Ternyata PAS lebih mengutamakan KEPENTINGAN KUASA dari mempertahankan kesucian dan kehormatan agama. PAS hanyalah parti yang mempergunakan nama ISLAM demi mileage politik mereka. Sebab itulah kita lihat dalam isu kenyataan Nurul Izzah yang menyokong Pluralisme dalam beragama. Dewan Ulama PAS diam dan membisu....Tak berani bersuara


Inilah sikap PAS. Mudah menghukum orang lain yang tak sehaluan dengannya. Tetapi dalam masa yang sama bila mereka sendiri terkantoi, diam...senyap....bisu. Jangan kata nak mengaku salah, mintak maaf pun tak mahu. Ego, perasan bagus, perasan maksum....

Sebelum aku menghabiskan leteranku....dibawah ini ku sertakan dengan link-link video yang berkaitan dengan SYIAH. Banyak lagi video di ruangan youtube. Ini sekadar yang mampu aku cari dan linkkan ke dalam blog ini.


Keratan akhbar ini diperolehi hasil dari kajian yang dilaksanakan oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS) dengan kerjasama Pena Minang Return, Institut Kajian Pemikiran Khawarij (iMPAK MALAYSIA) & Abu Aqif Studio.

Post a Comment

1 Comments

  1. Al Maaidah ayat 44:
    Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir

    Al Maaidah ayat 45:
    Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

    Al Maaidah ayat 47:
    Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.