Oleh : Beruang Biru Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi. Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor. Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.
Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti. Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.
Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya. Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai ‘tidak waras’? Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.
Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan. Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul. PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.
Pengekalan Dr. Hayati selama dua penggal, membuktikan bahawa beliau antara segelintir wakil rakyat PAS yang berkesan. Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS. Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul. Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.
Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu. Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.
Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang. Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.
Rasanya, tidak perlu diungkit kebebalan Mat Sabu, cukuplah membiarkan Mat Sabu membebalkan dirinya sendiri di dalam ceramah-ceramahnya. Kita pasti, rakyat Pendang cukup waras untuk tidak memberi kemenangan kepada calon seperti Mat Sabu.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.