Oleh : AJ
Mahu tidak mahu. Suka atau tidak suka. PAS harus mengakui bahawa Partinya semakin lemah selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini. Selain gagal mempertahankan Kedah, dan gagal mendapatkan kerusi MB Selangor, bilangan ahli dewan rakyat PAS juga semakin sedikit, seterusnya menjadi komponen parti Melayu - Islam paling kecil di dalam Parlimen Malaysia.
Penulis ingin memberikan amaran terbuka ini ekoran sikap Presiden PAS hari ini, Hadi Awang yang semakin gagal dalam pentadbiran seterusnya membawa PAS ke krisis kepimpinan terburuk sejak PRU13 yang lalu. Dengan 21 Kerusi Parlimen, kempen PAS ganti UMNO ternyata memakan diri sendiri apabila SYIAH dan DAP serta PKR sedang memakan parti 'senior' itu.
Merujuk pada pemilihan PAS yang lalu yakni pada tahun 2011, yang menyaksikan wujudnya kumpulan Pro Anti-Ulama atau dengan jenama Pro Progresif Liberal. Mat Sabu, Ir Nizar, Husam Musa telah dipilih oleh perwakilan bagi menyepak kepimpinan ULAMA yang dilihat lembab. Malah menurut Tranungkite Online, mengakui 'rampasan' dari kelompok bukan ustaz ini adalah ekoran kelembapan para ustaz di dalam PAS dalam berpolitik.
Namun penulis secara suka ingin mengatakan bahawa, apa yang dinyatakan oleh penulis darul tauhid adalah tidak tepat. Di dalam posting berkenaan, darul tauhid menyatakan;
"Muhammad Sabu dilihat Timbalan Presiden Khas yang bertujuan menjayakan misi PRU 13. Muhammad Sabu seorang pro ulama, pro pakatan dan non Anwaris, beliau mempunyai kelebihan dalam mendekati massa terutamanya non muslim, anak muda, NGO, aliran pemikiran kiri dan rakan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan sesuatu isu. Pengalaman dan gerak kerja beliau dijadikan azimat berguna kepada PAS dalam menghadapi PRU 13 bahkan menghadapi Anwar sendiri jika Anwar bermasalah."
Namun apakah yang terjadi pada PRU13? Mat Sabu kalah di Pendang yang pernah menjadi kawasan Presiden PAS terdahulu, Fadhil Noor -Semoga ALLAH Mengampuni Dosanya-. Malah PAS sendiri gagal menambah kerusi di Parlimen dan hanya mampu bertahan di Kelantan sambil tidak mampu mengekalkan penguasaan di Kedah malah membantu DAP menawan PERAK semula.
Apa sebenarnya yang terjadi? Penulis tidak mahu mencampuri aspek teknikal kepimpinan PAS yang merasa diri terlalu hebat dan ma'sum. Namun yang menarik perhatian penulis ialah kegagalan Presiden PAS mengawal gerakan SYIAH di dalam partinya itu sehinggakan PAS terpaksa menerima 'hasilnya' pada hari ini.
Walaupun telah beberapa kali diminta untuk bertindak tegas dengan kelompok SYIAH ini, namun Presiden PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil apa-apa tindakan tegas seperti memecat mana-mana ahli PAS yang berfahaman Syiah atau Pro Syiah. Malah kepimpinan PAS juga gagal memberikan kata putus dalam isu SYIAH dimana berlaku 'tarik-tali' diantara satu dengan yang lain selain menyalahkan 'Kegagalan' mereka untuk menghapuskan perkembangan Syiah dalam PAS kepada UMNO.
Kepada Presiden PAS. Ingin kami nasihatkan bahawa, kegagalan PAS dalam PRU13 adalah disebabkan ISU SYIAH. Isu inilah yang menjadi duri dalam daging buat penyokong PAS diperingkat bawahan dan begitu juga dengan pengundi atas pagar.
UMNO mampu menang besar bukan disebabkan UMNO sebuah parti terbaik, tetapi disebab UMNO lebih bijak mengambil peluang dalam mencari sokongan umat Melayu dari PAS terlalu bodoh bersekongkol dengan Syiah demi mencari undi. Kepada PRESIDEN PAS, bermuhasabahlah. Biar hilang sokongan atau undi dari tergadai prinsip.
1 Comments
We stumbled over here different web page and thought I
ReplyDeletemight check things out. I like what I see so now i am following you.
Look forward to looking over your web page for a
second time.
Also visit my blog post; Snow Removal Cleveland
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.