Oleh : Beruang Biru
Setelah masuk penggal kedua mentadbir Selangor, pembangkang sudah sedar bahawa banyak daripada dasar serta program pembangunan yang mereka laksanakan sebenarkan merugikan kerajaan negeri. Dap yang merupakan sekutu PKR dan Pas sudah mula melihat sesetengah dasar yang diperkenalkan pada tahun 2008 ketika pembangkang mula menguasai Selangor sudah ketinggalan zaman atau 'outdated'.
Lantas Naib Pengerusi DAP negeri, Teng Chang Khim membidas kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim supaya menilai semula program-program seperti pemberian air percuma. Air percuma sebanyak 20 meter padu merupakan program teras pembangkang yang diperkenalkan pada peringkat awal untuk menambat hati rakyat dan menarik sokongan kepada kerajaan negeri yang baru.
Pembangkang heboh sekampung pertama kali mereka melancarkan program tersebut kerana pada mereka itulah satu-satunya ide paling hebat yang mereka fikir telah berjaya dijana oleh pemikiran pakar strategik mereka. Sejumlah RM382 juta telah dibelanjakan bagi program air percuma 20 meter padu dari tahun 2008 hingga 2011.
Kalau diambil purata ini bermakna sepanjang tempoh tiga tahun kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM127 setahun untuk program tersebut. Jika nilai purata itu dijumlahkan sehingga tahun 2013, ini bermakna kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, Pas dan Dap telah meleburkan duit kerajaan yang dikutip dari pembayar cukai sebanyak RM635.
Bayangkan pembangkang dengan mudah sekali membazir lebih daripada setengah bilion ringgit duit rakyat bagi tujuan politik yang akhirnya mengancam kedudukan kewangan negeri itu sendiri.
Wang sebanyak RM635 boleh digunakan untuk membaik pulih aset-aset berkaitan kepunyaan negeri seperti loji pembersihan, ampangan dan sebagai yang banyak daripada amat memerlukan penyelenggaraan. Tapi sebaliknya Selangor memilih jalan mudah untuk jolikan wang RM635 itu untuk kepentingan politik mereka dan tidak memberi keuntungan kepada semua rakyat negeri itu.
Isu penduduk pangsapuri yang berkongsi meter air induk masih belum diselelsaikan sehingga kini. Dikatakan hampir 300,000 penduduk negeri itu yang menghuni kediaman jenis pangpuri atau flet masih tidak menerima setitik pun air percuma yang digembar gemburkan itu. Jadi di mana keadilan sosial dan merakyatkan ekonomi yang begitu gah disebut-sebut dalam setiap ceramah politik mereka.
Ini bukan merakyatkan ekonomi namanya tapi meranakan rakyat! Mungkin sebab itu Chang Kim mengingatkan menteri besar supaya mengkaji semula dasar populis tersebut. Ganjil bunyinya apabila pembangkang sendiri yang menggunakan istilah 'populis' terhadap pentadbiran mereka sendiri .
Sebelum ini pembangkang menuduh kerajaan Barisan Nasional mengamalkan dasar populis tapi kini ludah yang mereka sembur ke langit jatuh bertempek ke muka mereka sendiri. Satu lagi dasar yang dikritik oleh bekas speaker itu ialah kegagalan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menggunakan peruntukan yang diberi untuk tujuan pembangunan.
Katanya setelah lima tahun memerintah, hanya antara empat dan 10 peratus sahaja bajet untuk kesemua 12 PBT tersebut telah berjaya digunakan. Adakah PBT juga turut mengikut pe'el menteri bersar yang dikatakan tangkai jering dan tidak mahu menggunakan peruntukan negeri untuk kebajikan rakyat. Mungkin PBT di Selangor juga berfikiran sedemikian bahawa wang yang diperuntukkan lebih baik disimpan di dalam bank untuk menjana faedah daripada dibelanjakan untuk pembangunan bagi kebaikan rakyat.
Apa pun Selangor tidak lagi boleh mendabik dada segala program atau dasar yang diperkenalkan benar-benar mensejahterakan rakyatnya. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri bergaji RM1 telah juga gagal untuk membawa Selangor ke tahap pembangunan ekonomi yang hebat dan cemerlang. Apa yang dinikmati di Selangor ketika ini adalah penat lelah dan jerih penat selama 50 tahun membangunakan negeri itu.
Pembangkang hanya datang, tadbir dan nikmati segala apa yang ada sambil melaungkan kepada seluruh rakyat bahawa semua itu adalah hasil kerja mereka.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.