Oleh : Ustaz Abu Ubaidah Yusuf As-Sidawi
Tarikh Kelahiran Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjadi satu polemik ekoran timbul percanggahan fakta sekaligus menyebabkan isu ini dibincangkan secara terperinci oleh ulama sejarah. Ada yang mengatakan bahawa baginda lahir tanggal 2 Rabiul Awal, ada pula yang mengatakan 8 Rabiul Awal, ada yang mendakwa 10 Rabiul Awal, atau 12 Rabiul Awal, atau 17 Rabiul Awal (Lihat al-Bidayah wa Nihayah karya Ibnu Katsir: 2/260 dan Latho’iful Ma’arif karya Ibnu Rojab hlm. 184-185).
Semua pendapat ini tidak berdasarkan hadis yang sahih. Adapun hadis Jabir dan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma yang menerangkan bahawa tanggal kelahiran Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah tanggal 12 Rabiul Awal tidak sahih. Kalaulah sahih, tentu ianya akan menjadi hakim (pemutus perkara) dalam masalah ini. Akan tetapi, Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang hadis tersebut, “Sanadnya terputus.” (al-Bidayah wan Nihayah karya Ibnu Rajab hlm. 184-185)
Ekoran percanggahan fakta dalam menentukan hari kelahiran baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sahih, tidak menjadi masalah jika kita menukilkan pendapat ahli falak. Banyak ahli falak berpendapat bahawa hari kelahiran baginda adalah pada tanggal 9 Rabiul Awal, seperti al-Ustaz Mahmud Basya al-Falaki, al-Ustaz Muhammad Sulaiman al-Manshur Fauri (Sebagaimana dinukil oleh Sofiyurrohman al-Mubarokfuri dalam ar-Rahiqul Makhtum hlm. 62), dan al-Ustaz Abdullah bin Ibrahim bin muhammad as-Sulaim, beliau mengatakan,
“Dalam kitab-kitab sejarah dan sirah dikatakan bahawa Nabi sallallahu’alaihi wa sallam lahir pada hari Isnin tanggal 10, atau 8, atau 12 dan ini yang dipilih oleh majoriti ulama. Telah tetap tanpa keraguan bahawa kelahiran baginda adalah pada 20 April 571 M (tahun Gajah), sebagaimana telah tetap juga bahawa baginda wafat pada 13 Rabiul Awal 11 H yang bertepatan dengan 6 Jun 632 M. Selagi tanggal-tanggal ini telah diketahui, maka dengan mudah dapat diketahui hari kelahiran dan hari wafatnya dengan jitu, demikian juga usia Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan mengubah tahun-tahun ini pada hitungan hari akan di temui 22.330 hari dan bila diubah ke tahun qamariyyah akan diketahui bahawa umur baginda adalah lebih kurang 63 dan lebih tiga hari. Dengan demikian, hari kelahiran baginda adalah hari Isnin, 9 Rabiul Awal tahun 53 sebelum hijriah, bertepatan dengan 20 April 571 M. (Taqwimul Azman hlm. 143, cetakan pertama 1404 H)
Syeikh Ibn Utsaimin berkata, “Sebahagian ahli falak belakangan ini telah meneliti tentang tanggal kelahiran Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan ternyata ianya jatuh pada tanggal 9 Rabiul Awal, bukan 12 Rabiul Awal.” (al-Qaulul Mufid ‘ala Kitab Tauhid: 1/491. Dinukil dari Ma Sya’a wa Lam Yatsbut fis Sirah Nabawiyyah hlm. 7-8 oleh Muhammad bin Abdullah al-Ausyan)
Dengan demikian, apa yang dirayakan oleh sebahagian kaum muslimin pada tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun?
Dikutip dari artikel 8 Faedah Seputar Tarikh Majalah Al-Furqon Edisi 08 th. ke-8 1430 H/2009 M
7 Comments
Yg dirai'kan adalah kelahiran Baginda saw, bukan tarikhnya.
ReplyDelete10:43 - Saya setuju!
ReplyDeleteSetuju dengan Anon 10: 43. Kelahiran Rasulullah dan bukan tarikhnya yang penting.
ReplyDeleteSila rujuk http://islamqa.info/en/147601
re : Scholarly opinions concerning the date of the Prophet’s birth and death, and which is most likely to be correct
Ikutlah sunnah nabi :)
ReplyDeleteSekiranya dikira mengikut tahun hijrah, iaitu 354 hari...maka umur baginda adalah 63 tahun dan 24 hari. Jauh dari kiraan yg ditunjukkan dalam posting ini
ReplyDeleteSekiranya dikira mengikut tahun Gregorian, maka umur baginda adalah 61 tahun dan 61 hari (sekiranya dianggap tiada tahun lompat)
Ini adalah kiraan secara kasar. Sekiranya ada kesilapan, boleh ditunjukkan? Sekiranya ada teknik kiraannya, boleh ditunjukkan?
Ada lagi satu saya terlepas pandang, adakah mukjizat Nabi SAW membelah bulan telah mengubah pergerakan bulan?
ReplyDeleteKenapa skrg ramai yg mempertikaikan kelahiran tersebut..sama jgk kenapa skrg ni jgk ramai yg mempertikaikan ttg kalimah ALLAH..kita kena berhati hati dengan statment statment yg muncul sejak akhir akhir ini.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.