Oleh : Jebat

Yahudi Lev Tahor (Ibrani: לב טהור - hati yang suci) adalah kumpulan Yahudi ultra-Ortodoks yang diketuai oleh Shlomo Helbrans. Kumpulan ini  merupakan kelompok Yahudi yang amat mengikuti ajaran Torah, dalam erti kata lain, mereka ini adalah kelompok paling 'tawadduk' dan 'alim' dalam mengaplikasikan kehidupan mereka dengan ajaran Torah. Selain itu juga, Yahudi Lev Tahor merupakan kumpulan yang anti dengan pergerakkan Zionist.

Kumpulan ini secara amnya amat patuh dengan 'halaca' : undang-undang ortodoks Yahudi. Mereka mengamalkan peribadatan dan budaya yang jauh berbeza dengan kaum yahudi yang lain seperti gemar berdoa dengan doa-doa yang panjang, "arranged marriages", selain mengenakan pakaian labuh dan berwarna hitam kepada kaum wanitanya. Kumpulan ini sentiasa berpindah randah antara satu lokasi ke satu lokasi yang lain ekoran diskriminasi dari masyarakat setempat dan pemerintah. Pada Ogos 2014, kumpulan ini telah diusir dari Bandar San Juan La Laguna, Guatemala selain turut diusir dari wilayah Otario dan Quebec di Kanada.