ISU PENJUALAN ASET TABUNG HAJI : KEMANA DR. ZAHARUDDIN MENGHILANGKAN DIRI?

Oleh : Jebat

1. Pembongkaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengenai penjualan aset-aset Tabung Haji ketika era PH memerintah cukup hangat dibincangkan.

2. Malah dalam perbahasan yang berlansung, kita dapati bahawa segala fitnah yang dilemparkan oleh PH kepada Azeez sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai pengerusi TH cukup berbeza dengan fakta yang dikeluarkan oleh Azeez berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh pengurusan Tabung Haji. Itu tak termasuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Tuan Haji Ahmad Marzuk Shaary yang secara jelas menafikan segala tuduhan Mujahid tatkala menjawat jawatan Menteri Agama era DAP-PH.




3. Namun disebalik Mujahid yang kini sedang membengkak mendengar segala pembongkaran yang dilakukan oleh Azeez dan juga Datuk Seri Najib, ada satu nama lain yang kita terlupa yang barangkali terlibat dalam proses penjualan aset-aset Tabung Haji ini.

4. Antaranya adalah Dr. Zaharuddin Abd Rahman, yang mana dia merupakan antara penyokong kuat PH tatkala Tabung Haji mula digadaikan oleh kerajaan kawalan DAP itu. Tak nak cakap banyak, cuba korang tengok video dibawah ini.




5. Kemana suara dia hari ini ? Jika dahulu dia boleh bermati-matian memberikan justifikasi mempertahankan tindakan Menteri Agama era Kerajaan kawalan DAP-PH, mana suara dia hari ini?

6. Kenapa dia membiarkan kekanda Mujashit, Muhajid dipanggang teruk oleh netizen dan ahli parlimen PN bukan sahaja di luar dewan tetapi juga di dalam dewan.

7. Seharusnya Dr. Zaharuddin bangkit mempertahankan Mujahid dan DAP - PH seperti mana yang dia lakukan sebelum ini.