SUARAM KANTOI MEMFITNAH!!!!



Dipetik dari : Mymedialab.blogspot.com

Akhbar the New Straits Times memberi ruang khas memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah:

1. Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.

2. Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 – 2002.

3. Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.

4. Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.

5. Altantuya dibunuh pada tahun 2006.

6. Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia.

7. Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

8. Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.

9. Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri

Post a Comment

0 Comments