TATKALA MEDIA PERDANA BERTALU-TALU MENYERANG SYIAH, MEDIA KHAWARIJ TERUS MEMBISU.

Oleh : Jebat

Sejak kenyataan tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu mewartakan pengharaman Syiah di negeri jelapang padi berkenaan, dilihat media arus perdana terus-menerus menyerang dan membongkar kebatilan agama Syiah ini. 

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro, dan Kosmo bagaikan 'seia-sekata' dalam 'menyerang' agama pengkafir sahabat nabi ini. Malah boleh dikatakan kesemua akhbar ini bagai melakukan 'pre-emptive strike' keatas Syiah dari pelbagai penjuru.

Namun disebalik 'kehangatan' media arus perdana menyerang dan mengkritik Syiah, dipihak media pembangkang pula, nada berlainan yang dimainkan. Media Rasmi PAS seperti HARAKAH sunyi dalam 'bersama-sama' media arus perdana menyerang Syiah. Tidak tahu apa masalahnya, HARAKAH kini lebih tertumpu dalam hal-ehwal politik dan demokrasi berbanding perjuangan mempertahankan Aqidah.

Malah dalam sesetengah artikel pula, HARAKAH lebih cenderung memaparkan artikel dan pendapat-pendapat yang pro syiah seperti tulisan Hanipa Maidin (MP SEPANG) dan Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Syiah).

Ada yang tak kena disitu. Jadi kepada pasukan editorial HARAKAH, UBAHLAH!!! Sebelum kalian di UBAHKAN oleh KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

Post a Comment

0 Comments